Ombak laut menderu lesu ke arah pantai. Angin yang bertiup, sesekali menerbangkan halaman mukasurat sketchbook hitam miliknya itu. Matahari yang hampir terbenam, hanya mampu merembeskan cahaya jingga yang semakin malap. Anak-anak ketam dan ibunya pula, sudah mula pulang ke sarang. Jumari Jaafar bersendirian di tepi pantai itu. Mencari ketenangan. Itulah yang dia perlukan, waktu itu...
“Ibu, I miss you,” tangan kanannya pantas menyeka air mata yang mula berlinangan. Dia tahu, kini dia sendiri, sendiri dalam mencari makna diri. Apa yang dicari itu belum pasti. Kemana hendak dituju, dia sendiri tidak tahu. Jika dulu, dia ada ibu disisi. Walau hati wanita itu seringkali disakiti, namun dia tahu, masih ada insan tempat untuk bermanja dan teman meluahkan kata. Namun, segalanya telah sampai ke penghujung, insan yang tersayang telah pergi. Segala memori hanya menjadi kenangan yang terlakar kemas di kanvas sanubari. Kini dia sendiri.
Perlahan-lahan dia bangun, sketchbook berwarna hitam itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Kemudian dia melangkah perlahan ke arah Kawasaki Ninja berwarna biru tidak jauh dari situ. This Song Saved My Life nyanyian Simple Plan mula kedengaran dari headphonenya menggantikan I wanna be free dari Panic! At the Disco. Masa untuk pulang....
+++
“JJ, kau tak balik ke cuti semester ni? Kalau kau nak, kau boleh ikut aku balik kampung esok. Macam mana, nak tak?”
JJ hanya membisu, anak matanya hanya menjeling sedikit ke arah Hadi. Kemudian ia kembali terarah ke kaca televisyen.
“Wei, kau dengar ke tak ni, karang aku baling dengan kamus Oxford ni baru kau tau,” nada suara Hadi sengaja ditinggikan untuk memaksa si teman memberikan reaksi.
“Bro, please, I’m not in the mood. Kau nak balik, baliklah, aku tak matilah kalau duduk sendiri kat rumah ni,” datar JJ bersuara. Hadi sedar dia sudah tersalah tempat dan waktu untuk bergurau.
Suasana rumah itu kembali sepi, hanya sesekali terdengar jeritan-jeritan dari drama Supernatural di televisyen. JJ bukan mudah hendak menerima sebarang gurauan. Hadi faham benar akan sikap temannya itu. Jika ada orang yang mampu membuatkan JJ tersenyum, orang itu bolehlah dikira orang yang paling bertuah kerana wajahnya sentiasa tidak beriak. Bukan sombong, tapi itulah personaliti yang membezakan antara seorang manusia dan manusia lainnya. Dan, personaliti itu menjadi milik JJ.
+++
“#29: Mak, Anak Mak Dah Nak Habis Belajar!! Kalaulah Mak Tahu...”
Kelopak matanya tiba-tiba basah, entri blog hari ini amat menusuk jiwanya. Blog yang tidak diketahui siapa tuan empunyanya itu sekadar diikuti. Hobi ‘blogwalking’ yang diwarisi dari teman-teman menemukan dia dengan blog itu. Penulis blog itu kekal misteri, namun setiap entrinya membuatkan anak gadis itu terpikat untuk terus membaca.
“Leeya, kamu dah siap packing barang ke belum? Esok pagi-pagi kita dah nak bertolak tau,” terdengar jeritan ibunya dari luar.
“Dah mak, semua Leeya dah kemaskan. Tinggal mak je yang Leeya belum masukkan kat dalam beg ni.”
“Hish, matilah emak ni nanti kalau kamu masukkan dalam beg tu,” kedengaran pintu biliknya terbuka.
Leeya berpaling ke belakang dan tersenyum memandang wajah ibunya. “Ala mak ni, kalau Leeya tak bawa mak, nanti Leeya rindu pula. Siapa nak dodoikan Leeya lagi masa nak tidur. Pastu, siapa pulak yang nak kejut Leeya masa nak bangun tidur?” rajuknya sengaja dibuat-buat. Biasalah, anak manja!
Ibunya sekadar tersenyum, dia bahagia mempunyai anak yang sentiasa disisi. Namun dia tahu, puterinya perlu dilepaskan pergi. Namun bukan melepaskan tidak bertali, talinya tetap dipegang cuma si anak akan dilepaskan lebih tinggi. Dia ingin si anak mampu melihat dunia lebih luas dan kini dia hanya mengharapkan bantuan Illahi untuk memerhati dan melindungi puteri kesayangannya itu.
“Dah besar dah anak mak ni, nanti bila mak dah jauh, jangan lupa solat, doakan mak selalu, ingat tu tau! Belajar rajin-rajin, sebab belajar tu kan ...”
“Satu ibadah.” Leeya segera menyambung. Ibunya hanya menggeleng dan segera pipi anaknya itu dicubit mesra.
“Insya-Allah, Leeya pandai jaga diri. Cuma mak tu, jangan pula menangis selalu bila Leeya tak ada ya?” matanya dikenyitkan sebelah. Tiba-tiba pipinya terasa dicubit lagi. Memang mereka mesra....
+++
“Jauh termenung, ingatkan siapa tu Cik Aleeya?” bahu adik kesayangannya itu ditepuk perlahan.
“Along ni.... terperanjat orang la! Leeya tengah teringatkan mak, entah apa yang dia tengah buat sekarang ni. Along, Leeya rindulah nak jumpa mak. Minggu depan kita balik nak?” Wajah abangnya itu dipandang penuh harap.
“Along sibuklah dalam dua tiga minggu ni. Tapi takpelah Along rasa kalau buat kerja tu kat rumah pun tak jadi masalah. Tapi hari ni Leeya kena tolong Along boleh?” Keningnya diangkat meminta respon.
“Hai, nak mintak tolong apa pulak ni, macam nak pergi pinang puteri gunung ledang je gayanya.”
“Hurm, memang ni kes nak meminang pun, tapi bukan puteri gunung ledang la. Tu, Leeya nampak tak ada budak perempuan bertudung labuh dekat hujung cafe tu. Along dah lama dah perhatikan dia, Leeya tolong mintak nombor telefon dia boleh? Untung-untung cepatlah nanti Leeya dapat kakak ipar.” Pancaran mata Kimi kelihatan mengharap.
“Amboi, Along dah gatal ye, nanti balik rumah, Leeya report kat mak baru Along tau. Tapi kan Along, mana ada orang yang mintak nombor telefon lagi lah. Along ni kuno betul, orang zaman sekarang mintak nama facebook, jimat, mudah dan berkesan.” Leeya mencebik.
Kimi menggeleng, “ Along manalah pernah mengorat anak dara orang ni, this is my first time la dey, cepatlah, nanti dia dah pergi pulak”
“Oklah, Along tunggu kejap ye, Leeya pergi mintak. Kalau Leeya dapat nombor telefon dia, Along kena la belanja Leeya makan tau!” Dia berlalu sambil melenggok-lenggokkan tangannya.
++
“Assalamualaikum, kak, tumpang tanya, akak single?” pertanyaan itu menghentikan pembacaan Nur Maisarah. Dia segera mendogak memandang ke hadapan untuk mencari tuan empunya suara.
“Waalaikumussalam, erm, kenapa ye adik tanya. Akak memang single.” Gadis yang ber T-shirt merah jambu dihadapannya itu kelihatan tersenyum ceria. Tudung gadis itu sesekali terbuai-buai ditiup angin. Comel budak ni, getusnya didalam hati.
“Haa, baguslah macam tu, tu haa, akak nampak tak ada mamat kat hujung tu, dia abang saya. Dia nak berkenalan dengan akak. Boleh bagi nombor telefon?”
“Alamak dik, akak tak boleh main bagi je nombor akak kat orang yang tak dikenali ni. Minta maaf ye dik. Bukan sombong, tapi ni amanah dari parents akak. Tapi apa nama adik ye?”
“Eh, takde hal lah kak, abang saya pun satu, main redah je mintak nombor telefon orang. Saya Nur Aleeya. Cik abang yang dekat hujung tu Badrul Hakimi. Nama akak apa pulak?”
“Akak Nur Maisarah, panggil je kak sarah. Nanti adik cakap kat abang adik tu, kalau nak kenal, kenalah tanya mak dan ayah akak dulu ye”. Jawabnya sambil tersenyum.
“Wah, entah berani ke tidak abang saya nak buat macam tu. Takpelah, nanti saya sampaikan ye? Ok la kak, saya pergi dulu, ada masa nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” Sarah hanya memandang anak gadis itu berlalu pergi.
“Along, nak kenal, kenalah tanya mak dan ayah kak sarah, berani ke?” ketawanya pecah apabila melihat wajah murung abangnya itu.
“No treat for today!”
“Alaa... Along buncit kedekut!!!” Leeya sudah berlari meninggalkan abangnya.
Next Chapter