Geng Aku

Monday, November 29, 2010

Surat Budak Darjah 5.. haha (rekaan semata2)


Assalamualaikum,

Surat ni, kite tujukan untuk awak Siti Sofea. Awak nak tau, kite sebenarnye nak cakap sesuatu ni kat awk. Tapi kite malu la nak cakap depan2, awk garang la ngan kite.

Awk2, kite nak bagitau ni, kite sebenarnye suke kat awk, kite saje je buli2 awk, curi pemadam awk, conteng buku awk, sebenarnye, kite dah lama minat kat awk. Boleh tak awk bagi biodata kat kite? Hehe.
Awk, aritu kan, time kite nak pulangkan pensel kat awk, tibe2 tangan kite terkena tgn awk. Sori eh? Kite tak sengaja la. Awk mara kat kite mase tu kan, awk kesat2 tgn awk kt sapu tgn awk. Awk kate geli sebab terpegang tangan kite, sory taw! lain kali kite x buat lagi..


Kite nak jadikan awk makwe kite la, boleh tak? Tapi, kite xnk la jumpe2 kat luar mcm abg Leman ngan Kak Siti (bukan awk laa). Haritu, kite nampak diorang pegang2 tangan, geli la kite tengok. Kan Ustazah penah cakap yg kite tak boleh main pegang2 tangan kan? Mak kite pon cakap berdose taw pegang tangan ngan pompuan. Takpe, nanti, kite nak belaja rajin2, pastu, bile kite dah jd pilot nanti kite nak kawin ngan awk. Boleh tak?




Awk2, cite2 awk nak jadi doktor kan? Kite igt la time kelas Sains dulu cikgu Azmi tanye awk, awk ckp awk nak jadi doktor. Best la cite2 awk, kite plak nak jadi pilot. Jadi, sekarang ni, kite nak belaja rajin2 la. Kite nak mak kite nanti bangge ngan kite pastu awk pon leh terpikat kat kite.. hehe. Taun depan kite same2 nak ambik UPSR kan? Jadi kite harap, kite same2 leh jwb ngan baik time pekse tu nanti k?

Minggu lepas, mase g kedai uncle Lim, kite nmpk awk ngan ayah awk. Awk pkai tdung kaler merah jambu ngan jubah warne putih, cntiklah awk. Tak macam akak kite, kuar umah pun x pkai tudung. Kite nak tegur, tapi kite kecik lagi. Dia suke tegur2 kite, suruh smayg la, bace Al Quran la, tapi kite tgk, dia x buat pon. Pandai tegur org je kan? Ish3..
Ok la awk, kite nak ikut mak kite pegi pasar malam la, kite harap awk sudi nak jd makwe kite ye? Hehe.. Babai..

Ni ade pantun untuk awk, pecah kace pecah gelas, sudah bace, tolong lah balas..
Ps: Sory tulisan comot.. hik3

*Gunakanlah akal untuk berfikir... So, carilah makna yg tersirat pada kata2 yg tersurat.. Tq

Saturday, November 27, 2010

Menutup Aurat Boleh Jadi Baik, Betul Ke ni?

Sapaannya menghentikan seketika lamunan saya. Dirinya seakan-akan dibelenggu pelbagai masalah. “Erm, zul, kau free ke sekarang ni” dia memulakan bicara. Saya sekadar mengangguk kerana saya masih lagi terkejut akan kehadirannya. Perlahan lahan saya membuka kata, “kau macam ada masalah je nie, ade apa2 yg nak dikongsikan ke?” saya bernada selamba.


“Aku sebenarnya nak bertudung, tp, aku takut la, takut jd hipokrit. Kau tengok jela, betapa ramai org2 kat luar sana yg bertudung, tp, kalau jalan2 tu, pegang2 tangan jugak. Buat maksiat jugak. Jadi, aku takut, aku pakai tudung ikut musim je. Kalau boleh, aku nak lah pakai tudung ni secara kekal, xnk bukak2 lg. Saya terdiam seketika, menyusun ayat yg tepat untuk difahami oleh seorang mahasiswa sepertinya. “Tadi kau katakan yg kau nak bertudung kan? Jadi apa masalahnya? Kau takut orang pandang serong? Begitu?” “Ya, mcm tu lah yg aku rasa, aku takut nanti, org ckp aku nie nak berlagak baik lah, ape lah, kau faham2 lah kan, kwn2 kita mcm mana,” jawabnya sesal.


“Ok, mcm nie lah, aku nak tanya kau satu soalan, kau sedang bertuhankan siapa, manusia, atau Allah? Cara kau bercakap nie, seolah-olah, kau lebih pentingkan apa yg dikatakan manusia berbanding suruhan Allah. Allah dah tetapkan didalam Al Quran supaya wanita dan lelaki menutup aurat. Sekali lagi aku ulang, manutup aurat. Baiklah, kalau kau katakan yg kau nak bertudung, pesan aku, xpayah lah. Kan lebih afdal jika kau menutup aurat. Apa yg kau lihat disekeliling kau tu, hanyalah gadis2 yg bertudung, bukan yg menutup aurat. Jika betul pun mereka menutup aurat, tapi kekosongan dihati mereka tidak sepenuhnya mereka isi dengan ajaran Islam!



Ingat, menutup aurat satu tuntutan bukan satu gaya. Ianya bukan sekadar harus, tapi ianya wajib kita laksanakan. Katakanlah kau tak bersedia nak menutup aurat, takut nanti jadi hipokrit, kau tahu ke, bila masanya kita masing2 akan temui ajal? Saat tu, sempatkah lagi kau nak bertaubat? Boleh ke kau kata kat Malaikat Izrail, erm malaikat, jap ea, sy nak tutup aurat jap, nak tobat dulu, kang 5 minit lg bolehlah cabut la nyawa saya. Kita boleh temui ajal bila-bila masa. Jadi kau tak takut ke kau mati dalam keadaan aurat masih lagi terdedah. Kau tak rasa malu ke bila menghadap Allah dalam keadaan yg mcm tu?” Sengaja saya tekankan soal kematian untuk menggesanya berfikir.


“Baiklah, kalau mcm tu, kau nak aku menutup aurat ye, bukan hanya pakai tudung? Begitu? Tapi aku takut bila aku bertudung nanti, aku tetap buat maksiat, aku tetap buat perkara yg bukan-bukan hingga menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri.” Kali ini saya tersenyum mendengar komennya. “Baiklah, cuba kau fikirkan kembali kata-kata kau sebentar tadi, kau takut terbuat maksiat walaupun menutup aurat bukan? Ini menunjukkan satu perkara yg baik untuk kau.







Cuba fikirkan diri kau yg sekarang, kau tidaklah begitu risau untuk membuat maksiat kerana kau tidak bertudung bukan? Tapi apabila bertudung, kau takut org lain akan mencela kau kerana kau telah bertudung, tetapi masih lagi membuat maksiat. Secara tidak langsung, kau akan kurang melakukan perkara-perkara yg menjurus kearah maksiat kerana takut dicela lagi. Tidakkah kau rasakan dengan menutup aurat, sedikit sebanyak kau sedang berlatih untuk menjadi individu yg lebih baik? Bolehkah seorang pelajar yg hanya mengikuti satu jam kuliah mendapat markah penuh didalam peperiksaan mereka? Tentu saja mustahil, betul tak? Dia perlulah mengikuti kelas dan membuat latihan dahulu supaya mampu mendapat markah yg tinggi.


Samalah seperti hal ini. Untuk menjadi lebih baik, kau perlukan latihan, kritikan kwn2 merupakan cabaran yg paling hebat, tapi, tak mahukah kau mendapat markah yg tinggi apabila bertemuNya kelak? Jalan yg paling mudah untuk memulakan sesi latihan itu ialah dengan menutup aurat. Kau akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan setelah menutup aurat kerana bimbang pandangan serong dari masyarakat.



“Betul jugak apa yg kau katakan tadi, terima kasih zul, lepas nie, aku cubalah tutup aurat aku, mula-mula pakai tudung, kemudian tutup bahagian2 yg lain pula.” Dia tersenyum lalu berlalu pergi. Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat yg amat membingitkan. Rupa-rupanya jam loceng saya yg sedang berdering. Sedarlah saya yg saya sedang bermimpi. “Wah mimpi yg mencabar minda ni,” saya bermonolog sendirian. Seketika saya terfikir, adakah saya mampu menjadi seorang muslim yg dikasihi Allah di era yg serba moden ini? Terlalu banyak godaan dari pelbagai sudut bakal tiba. Moga-moga, saya mampu berubah menjadi lebih baik seperti gadis yg saya mimpikan tadi.. Amin

Friday, November 19, 2010

cinta dan CINTA

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Ibrahim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Saturday, November 13, 2010

Bilik Asrama Itu......

Entah mengapa, matanya amat sukar dipejam saat ini, berkali-kali dia cuba untuk melelapkan mata, namun hanya sia-sia. Di luar, unggas telah lama berirama, dalam sayup-sayup ke samaran malam, terkadang-kadang dia terdengar salakan anjing, mendayu-dayu bunyinya. Dia masih tidak mampu menerima kata-kata Suziana petang tadi. Terasa kata-kata itu seperti menikam-nikam dadanya. “Ah jahanam kau perempuan!” getusnya sendirian. Kekasih yang disayanginya itu tiba-tiba meminta putus. Mahu lebih fokus pada pelajaran katanya. Asran akur, dia sedar, hidup sebagai manusia perlu tabah dengan perpisahan. Akhirnya rasa mengantuk mula dirasakan hadir setelah dia menguap beberapa kali.

Ketika matanya semakin mengecil dan kelopak matanya mula memberat, tiba-tiba dia terdengar bunyi gelak tawa seorang anak kecil. Dilihatnya jam di dinding, waktu mula mencecah jam tiga pagi. Rakan sebiliknya telah lama lena diulit mimpi. Gelak tawa tadi seakan-akan semakin hampir ke biliknya. Akhirnya, bunyi itu dirasa seolah-olah berhenti dihadapan biliknya. Tiba-tiba Asran terdengar,”ibu, marilah masuk dulu, kita tengok, siapa yg masih belum tidur”, suara anak kecil yg amat lembut kedengaran riang mengajak ibunya masuk ke bilik 117 itu. Kecut hati Asran, siapa yg tidak takut apabila ada suara anak kecil disitu. Asrama itu hanya dihuni oleh pelajar lelaki manakan mungkin boleh seorang anak kecil berada disitu. “Baik anakku sayang, marilah kita lihat, siapa yg masih belum tidur lagi” tiba-tiba suara seorang wanita pula yg kedengaran. Asran semakin cemas.

Peluh dingin mula membasahi dahi. Tubuhnya seakan-akan kaku, dia tidak lagi mampu bersuara. Perlahan-lahan, pintu terkuak, Asran dapat mendengar perbualan dua mahluk tadi yg mulanya hanya berada diluar. Seingatnya, pintu itu tadi telah dikuncinya dari dalam. Siapa pula yg mampu membuka pintu itu? Asran membuka matanya perlahan-lahan, hanya kegelapan yg memenuhi segenap ruang bilik itu. Diamatinya dengan teliti, Amir tidak lagi bergerak, mungkin perlawanan ragbi siang tadi membuatkannya terlalu letih dan tidur dengan nyenyak sekali. Asran lega, tiada sesiapa pun di biliknya melainkan dia dan Amir.





Tiba-tiba, Asran dapat merasakan seolah-olah ada mahluk lain yg sedang memerhatikannya dari atas. Cepat-cepat ditutup matanya rapat-rapat. Dadanya berombak kencang. “Ish, apa benda pulak kat atas siling tu?” dia bermonolog sendirian. Mahluk yg berada diatas itu tiba-tiba turun. Asran dapat mendengar bunyi mahluk itu berbual. “Ibu, yg seorang ini dah tidur, samalah dengan bilik-bilik di sebelah. Ani bosanlah ibu, tiada siapa yg mahu bermain dengan Ani. Hah yg seorang lagi tu macam mana pula ya?” Asran benar-benar ketakutan saat itu. Mahluk itu seakan-akan menghampirinya. Bulu romanya mula meremang. Mujur dia sedang menghadapkan tubuhnya ke dinding, maka dia tidak melihat mahluk itu. Bunyi itu tiba-tiba hilang sekali lagi. Biliknya kembali sunyi. Badan Asran terasa berat untuk dipusingkan. Mungkin ketakutan yg membuatkan dirinya tidak mampu bergerak kala itu.

Akhirnya Asran menggagahkan diri untuk berpaling untuk menghadap ke arah Amir. Matanya yg tadi terpejam rapat, dibukanya perlahan-lahan. Syukur, tiada sesiapa di hadapannya. Tiba-tiba, dari atas kepala, Asran seperti merasakan terdapat dua pasang mata sedang memerhatikannya penuh setia. “Haa ibu, yg ini belum tidur lagi, bolehlah Ani bermain dengan abang ni” suara kanak-kanak itu kedengaran lagi dan kini ia berada betul-betul di atas kepalanya. Tiba-tiba tangannya dipegang, kuat cengkaman mahluk itu. Mahu sahaja Asran menjerit, namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Asran hanya mampu berserah saat ini, tubuhnya lemah, namun dia masih berdaya untuk melihat wajah mahluk itu, kedua-duanya berselubung serba putih, wajah mahluk itu amat mengerikan. Terdapat ulat-ulat dimuka mahluk itu, mata mereka tajam memandangnya, dan senyuman yg menakutkan terukir di bibir mereka. “Ibu, abg ni mungkin boleh main dengan ani kan?” hilai tawa yg menggerunkan memecah kesunyian malam. “Matilah aku lepas nie, arghh” Asran berkata-kata sendirian , ketakutan benar-benar memuncak saat ini, mujur lidahnya masih mampu mengalunkan ayat kursi yg dipelajarinya 10 tahun dahulu.

Asran menutup matanya, ayat kursi dibacanya perlahan-lahan. Tubuhnya masih menggigil ketakutan, namun kini dia pasrah, dia hanya mengharapkan bantuan Allah agar mahluk itu tidak mengganggunya lagi. Syukur, setelah beberapa kali bacaan itu diulang, Asran merasakan mahluk itu seolah-olah telah pergi. Perlahan-lahan, dia bangkit untuk menghidupkan suis lampu supaya biliknya terang disimbah cahaya. “klik” selang beberapa ketika, lampunya menyala. Asran bergerak semula ke katil untuk berbaring, tubuhnya benar-benar letih. Sekali lagi, Asran tercium bau ganjil, dia mula berasa cemas, tiba-tiba, muncul satu tangan dari bawah katilnya, tangan itu berbulu lebat dan dipenuhi ulat . Asran menjerit dan pengsan ketakutan.



“Ran, ran, weh bangun wei, apa pasal ko tidur kat lantai nie, bangun-bangun!” Asran mula membuka mata, dilihatnya Amir sedang memandangnya dengan wajah yg penuh tanda tanya. Asran menceritakan kisah semalam kepada Amir. Selang beberapa hari, mereka berpindah keluar dari asrama itu kerana takut diganggu lagi. Bilik itu sentiasa bertukar-tukar penghuni setiap tahun, dan punca setiap penghuni itu berpindah tidak pula diketahui. Mungkinkah Ani dan ibunya yg mengganggu para penghuni di bilik tersebut?

Mungkinkah bilik asrama yg dihuni oleh anda itu adalah bilik si asran dan amir? Cuba lihat sebentar ke bawah katil, manalah tahu, jika ada “seseorang“ disitu...... Awas!

Sunday, November 7, 2010

Aku Sayang Padamu


“Bip bip, bip bip”, telefon bimbit Abu rancak berbunyi. Dilihatnya sebentar skrin telefon bimbitnya itu, kemudian dia menyimpan kembali telefon bimbit itu ke dalam saku seluar. “Ah, apa lagi yg org tua itu mau, aku sibuk ni, takkan tak boleh tunggu malam. Duit aku dah bagi kelmarin, apa lagi yg tak cukup ni?” getus Abu didalam hati. Dia sememangnya seorang pemuda berwawasan, pemuda contoh. Siang, malam, dia sentiasa bekerja keras. Maklumlah, di dunia yg serba moden ini, wang adalah suatu keperluan yg utama..

Selang beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Merah padam mukanya menahan kemarahan kerana dia memerlukan konsentrasi yg tinggi ketika bekerja. “Ah, hilang idea aku, org tua ni pun satu hal, takkan tak faham-faham, aku sedang bekerjalah, jgn lah ganggu aku”, getus hatinya seakan memberontak. Keningnya berkerut-kerut menahan kemarahan.

Abu akhirnya mematikan telefon bimbitnya kerana bimbang diganggu lagi. Selang beberapa ketika, datang Siti meminta supaya Abu menghantarnya ke sebuah pasaraya utk membeli belah. Walaupun kerjanya masih bertimbun, Abu akur kerana dia sememangnya telah lama jatuh hati terhadap gadis itu. Siti merupakan seorang gadis yg amat cantik, kulitnya yg putih, suaranya yg lunak merdu, mampu mencairkan hati jutaan pemuda. “Abg Abu, siapa yg call abg tadi, Siti tgk abg mcm tak suka je”, Siti bertanya dengan nada yg agk manja sewaktu didalam kereta bersama Abu. “erm, takde siapalah, mak abg yg call tu, entah apa pulak mimpi dia call abg hari ni, ganggu betul. Siti bukan tak tahu, abg banyak kerja ni, mana ada masa nak berbual-bual panjang. Malam boleh lah”, jawab Abu selamba.





“Err, jadi Siti ni tak ganggu abg ke, kan abg byk kerja, terasa menyusahkan pulak”, Siti bernada sayu. “Eh mana ada, Siti tak ganggu pun la, abg tak kisah pun nak hantar Siti, lagipun bukan jauh sgt, setakat 1 jam perjalanan je, lagipun abgkan syg Siti”, Abu memujuk. Siti senang dgn pujukan itu dia terdiam, hatinya senang dgn luahan syg Abu terhadapnya.

Selang beberapa hari, baru Abu teringat kembali tentang ibunya. “Eh, lupa pulak aku, apa lah yg org tua itu nak time call aku hari tu ye? Takkan tak cukup duit kot”. Abu mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor yg jarang-jarang benar didailnya itu. Percubaan pertama gagal, tiada siapa yg menjawab panggilannya. Dia mencuba dan terus mencuba, namun masih tiada siapa yg menyahut dihujung talian. Hati Abu tidak tenteram, selepas tamat bekerja, dia segera menuju kerumah ibunya.

Sesampai dirumah itu, dilihatnya tiada langsung kelibat manusia di luar rumah. Abu bergegas masuk ke dalam. Mujur pintu tidak berkunci ketika itu. Rumah usang itu kelihatan suram. Tiba-tiba, Abu tercium bau busuk yg amat kuat, dia hampir sahaja termuntah sejurus dia menghidu bau itu. Tiba-tiba, dia terlihat sekujur tubuh yg kaku, tersandar di hujung penjuru rumah. Abu kenal tubuh itu. Tubuh kaku itulah yg dahulunya menjaga dirinya sewaktu kecil, tubuh itulah yg mengajarnya menulis dan membaca, tubuh itulah juga yg memberikan kasih sayang penuh mesra kepadanya. Tubuh itu dahulu kuat membanting tulang untuk menyekolahkannya, memberi makan, memberi perlindungan. Namun kini, tubuh itu telah kaku, tidak lagi mampu mengukir senyuman. Abu menjerit sekuat hatinya, “ibu!” satu perkataan yg hanya mampu dilaungkannya.

Tanpa menghiraukan bau busuk yg ada, Abu segera merangkul tubuh itu. Di peluknya dengan erat, diciumnya tubuh itu berkali-kali. Wajah ibunya kini telah bertukar biru, sedarlah Abu, ibunya telah lama pergi. Sedih! Itulah perasaannya ketika itu. Dalam sedu sedan yg semakin berkurangan, Abu telihat sekeping kertas disebelah mayat ibunya. Di bacanya perlahan-lahan setiap ayat yg ditulis ibunya itu.




Assalamualaikum,
Wahai anakanda yg kukasihi, mungkin saat kau membaca surat ini, ibu telah pergi. Namun hanya satu pinta ibu, jgnlah kau bersedih. Abu, ibu tahu kamu sibuk nak. Ibu tahu kamu terlalu banyak urusan sehingga melawat ibu pun mungkin akan menjejaskan urusan pekerjaan kamu. Namun, sewaktu ibu menelefonmu, ibu hanya ingin mendengar suaramu saat terakhir ibu di dunia ini anakku sayang. Ibu tahu, kamu mungkin tidak mempunyai masa untuk melawat ibu, ibu tidak mahu menyusahkan kamu menghantar ibu ke hospital. Ibu tidak mahu kamu terasa terbeban utk menjaga ibu, merawat ibu, oleh itu ibu rahsiakan penyakit ibu padamu. Tapi ibu sedih, kerana tidak dapat berbicara dgnmu saat ibu mahu bertemuNya. Syg, maafkan ibu andainya hidup ibu mengganggumu. Ibu sedar, tubuh tua ini hanya bebanan bagimu. Satu ucapan terakhir dariku anakku syg, Aku Sayang Padamu.

Dari ibumu..





Abu meraung sekuat hati. Dirinya hiba, penyesalan berkunjung. Namun itu semua sudah terlambat. Besar jasanya seorang ibu, mendidik dan membesarkannya sejak kecil hingga mampu bergelar seorang professional. Namun, saat terakhir hayat ibunya, dimanakah dia? Tiga hari tubuh ibunya terbiar kaku. Inikah dia seorang pemuda contoh? Abu benar-benar menyesal, dipanggil ibunya berkali-kali, namun, ibunya tetap diam membisu. “Ibu, Abu sayang ibu!”, sudah terlambat Abu, ibumu sudah tiada!

Saturday, October 30, 2010

Renungkanlah wahai muslimin dan muslimah!

Ketika di sebuah gerai makan, saya berbual dgn salah seorang senior mengenai isu aurat.. "Apa pndgn abg tntg kes aurat?" tanya saya bernada selamba. "Hurm, mcm yg kita taw, bila bab aurat je, kita lbih menjurus kepada perempuan kan?" dia mnjawab dalam bentuk pertanyaan kembali.. Saya agak setuju dgn pndpt itu, tetapi saya sedar tersirat maksud disebalik kata-katanya. Itulah keistimewaan beliau, setiap kata-katanya sarat hikmah, kelebihan itulah yg membuatkan saya menghormatinya. "Saya tahu, jd adakah abg mahu katakan yg kita seakan-akan lupa tntang aurat lelaki, begitu ke?" Dia hanya tersenyum tidak mengiyakan tidak juga menafikan fakta..

Terdapat juga suatu ketika, saya terdengar seseorang berbicara tentang aurat wanita. "Kau tau, tadi aku tengok si limah tu, tak pakai tudung!! Eish, geli aku la, hipokrit giler, dalam kelas pakai tudung, tapi kat luar tak pulak, malu la macam nie" kata-katanya penuh semangat, hujahnya mengalahkan penceramah ulung negara, tapi sayang, cakap tak serupa bikin, dlm mengeluarkan keluhan hatinya itu, dia hanya memakai "boxer" dan tidak berbaju.. Jadi patutkah dia menegur wanita itu tadi sedangkan dia juga tidak menutup aurat? Wahai lelaki, auratmu bukan hanya pusat dan lutut, tetapi dari pusat hingga kelutut..

Ada juga kisah seorang sahabat yg mahu mencari jodoh gadis yg bertudung labuh,alim serta solehah.. "Aku ni bukan apa, kalau boleh, nak lah cari bini yg alim2 mcm ustazah sikit.. Sejuk mata memandang nanti, aman rumah tangga.." Saya terdiam, sememangnya wanita solehah memang adalah sebaik2 pilihan.. "Eh, bukan ke kau dah ada girlfriend? Haritu yg korang berkepit kesana kemari tu bukan girlfriend kau ke?" tanya saya menduga.. "Eh kau nie, memanglah tu girlfriend aku, tapi takkanlah aku nak kawin dgn perempuan mcm tu, kau taw lah dia mcm mana kan, dah la seksi giler, semua orang dpt tgk body dia, takkan lah aku nak jadikan isteri perempuan yg mcm tu, rugilah aku nanti" nadanya selamba tanpa sebarang riak sesal. "Jadi kau tak sayang dia?" soalan kembali saya kemukakan.. "Erm, sayang? tak kot, aku sekadar nak enjoy je dgn dia,ala perempuan yg mcm tu, murah lah, buat apa nak buat bini, entah-entah orang lain dah pernah ratah tubuhnya, kita mana tahu zul", saya meneguk air liur, begitu sekali murahnya perempuan dimatanya.. "Aduhai sahabat, ceteknya pemikiranmu tentang dosa, mana tanggungjawabmu terhadap gadis itu wahai sahabatku?" saya bermonolog sendirian.

"Jadi kau katakan tadi kau mahu gadis yg solehah bukan?" Dengan serius saya merenungnya menantikan jawapan. "Eh, mestilah, takkan aku nak perempuan yg dah rosak".. "Baiklah, jika begitu kemahuan kau, aku sokong je, tapi kau tak kesian ke kat girlfriend kau tu? Dah puas kau ratah tubuhnya, kemudian kau tinggalkan dia pula?" Dia diam, mencari hujah mungkin. "Ala, esok2 adelah mamat2 baru yg nak kat dia tu, aku jamin la" jawabnya setelah lama berfikir. Dia mahukan jodoh yg solehah, yg baik, yg terjaga dari setiap segi hidupnya, tapi dirinya bukanlah sesoleh mana. Solat tidak dijaga, aurat tidak ditutupnya, percakapan tidak dijaganya, dan pandangan masih lagi meliar. Mungkinkah dia dapat mencari wanita solehah untuk menjadi isterinya? Bukankah lelaki yg soleh untuk wanita yg solehah dan begitu juga sebaliknya?

Duhai lelaki, dimanakah perananmu sebagai ketua dan pelindung wanita, jika dirimu juga tidak terjaga.. Wahai wanita, mahukah kamu lelaki yg hanya ingin melunaskan keinginan nafsu sewaktu bersamamu kerana auratmu yg tidak tertutup rapi itu? Renung2kanlah wahai muslimin dan muslimat yg ku kasihi!

Sejenak saya terfikir, sudah solehkah aku? Lalu, tangan ku tadah, dan hatiku berkata, "Ya Allah, solehkanlah aku."

Friday, October 29, 2010

Jangan sampai terlambat!

“Ape yg buat ko sedih nie?” aku bertanya ketika melihat dia menangis.. “Aku teringat kat mak aku lah,” jawabnya dalam sedu sedan yg semakin perlahan.. Aku berasa simpati, pasti dia rindu akan ibunya yg telah pergi..“Sabarlah, stiap yg hidup pasti akan pergikan? Kau doakanlah agar roh mak kau sentiasa aman disana man..” kataku separa memujuk..


“Aku tau yg kita pun akan mati, tapi aku rindu kat mak aku. Kau tahu, sewaktu hidupnya, dia selalu bercerita kisah2 dia time muda2 dulu kat aku, dulu aku bosan mendengarnya, kau tau jelah, org tua kan, balik2 dia cerikan kisah yg sama je, bukan skejap, kdg2 smpai dua jam tau!” Tapi sekarang aku rindukan kisah2 tu, kalaulah mak aku msih hidup skg nie, aku x kisah brape lama pun, aku sggup mendengar segala kisah2 mak aku tu.. Aku sgt2 rindukan suara mak aku” begitulah lafaz sesalan yg dihamburkan Aman..


“Rupa-rupanya mak aku dah tau kot, aku tntu akan rindukan segala cerita-cerita dia tu, sebab tu lah dia x pnah hnti2 ceritakan kisah yg sama. Kau untung zul, kau masih ada mak, ada ayah, aku dah xde sesapa lg dah..” Kata-kata aman sememangnya menusuk kalbu.. “ Ya Allah, aku selalu mengabaikan mak dan abah, kalau telefon rumah pun, 5 ke 10 minit je seminggu, teruknya aku” getus hatiku perlahan.. “kau tahu zul, ibu bapa nie, diorang bukan nak duit, bukan nk kau belikan rumah besar2 untuk diorang, tp diorang cuma nak kasih sayang je dari anak2.” Aku setuju dgn kata-katanya.






Mak dan abah tak pernah lupa menanyakan sama ada wangku cukup atau tidak untuk aku jadikan wang perbelanjaan setiap kali aku menelefon mereka. Mereka bukanlah berduit sgt, tapi mereka amat mengambil berat tntgku.. Biarlah mereka berlapar, asalkan perutku tidak kosong.. Betapa besar pengorbanan mak dan abah, pasti takkan mampu aku balas.. Tiba-tiba aku bertanya, kepada diri, “mampukah 5 hingga 10 minit seminggu mengubat kerinduan mereka kepadaku?” pastinya tidak!


Tiba-tiba aman bersuara lagi, “aku tengok kau kalau bergayut dengan awek kau tu, berjam-jam pun kau sanggup, tp jarang aku tgk kau telefon mak dan ayah kau, jgn smpai terlambat macam aku dah la” Kata-kata itu menyedarkan aku, perlahan, aku mencapai telefon, tidak sabar untuk aku mndengar suara riang mak dan abah, “ahh, rindunya..”


Kepada sesiapa yg merasakan dia adalah “zul” di luar sana, igtlah, JANGAN SAMPAI TERLAMBAT! Ibu bapa anda sedang merindui anda, maka gembirakanlah hati mereka, walaupun hanya di telefon, igtlah, sejak kecil hingga ke hari ini merekalah yg menjaga kita, tnpa mereka, kita mungkin tidak akan mampu menjadi siapa kita pada hari ini.. Gunakanlah masa yg ada untuk mencurahkan kasih sayang kepada mereka.. Ikhlas dariku, sekadar peringatan untuk diri sendiri..

Saturday, October 23, 2010

Kisah Si Atan dan Facebook

Ini kisah benar, kisah yg dialami oleh atan (bukan nama sebenar)
Cmni citernye...

"Bosannye arini, mamat xde, ipan g dating kot, belon lak, aih, nth kemane jela bdk tu pegi.. Hurm nk wtpe nie ek? Men beskal ke? dah lme dah rosak, moto abah pakai... Ahh!!! ok2, bek aku online"
Begitulah getus hati si atan yg kesorangan di suatu hari..

Dgn broadband yg skejap ade line dan skejap ptus2 tu, maka, atan pon online la.. Al maklum, bosan la katekan... Perkara yg pling utama yg dia bkak mstilah facebook, sbb mungkin kat situ dia leh la chat ngan kwn2, dan mungkin jgk, manelah tahu, tetibe dpt usha awek ke, untung jgk kn? hai, atan2..

Bila dia berjaya je bkak facebook tu, ekoran tak taw nk kacau sesiapa dulu, maka, atan pon mnulisla kate2 jiwang dan di posnya kat wall fb tu, selang beberapa saat, berpuluh2 komen datang bertandang.. Maka sibuklah atan membaca satu persatu komen yg rata-ratanya memuji kecantikan bahasa yg atan baru je tlis td.. Ade yg kate, "awk rmantikla" "sukela ayat tu" "manisnye kate2 awk", "awk sweet la" dan mcm2 lg.. Lalu ttibe atan terfikir, kalo la aku pos ayat2 jiwang yg juz ade dua tiga patah kata nie pon leh wt org trtarik nak baca, ape kata, kalo aku pos ayat2 yg bg nsihat, msti rmai dpt mnfaat dan leh la kongsi idea...



Maka, atan pon copy paste la sbuah hadis Rasullulah S.A.W.... Puas atan menunggu, lama....... langsung tidak ada komen, yg "like" pon xde ke? getus hatinya, ttiba, selang beberapa jam penantian, barulah ada seorang dari kwn si atan mengomen pada pos trsebut. Apa yg memeranjatkan, itu bukan lah kata2 sokongan, malah ia adalah sebuah komen yg mengandungi ayat yg berbaur sindiran sinis.. "ko nak tunjuk alim ke weyh? agak2 laa, x rock la brader", itulah komen pertama yg atan terima apabila menyalurkan sebuah mesej yg berguna..

Terkilan atan.. Niatnya baik, tapi kata2 mcmtu jgk yg dia dpt.. Kalau hal2 yg melalaikan, ramai plak yg suke, ai, plik2, tapi, ni lah dunia... rmai yg suka perkara yg melalaikan hinggakan nasihat yg berhikmah, diketepikan...

Itu cerita benar, kisah si atan dan facebooknya. Kata baik tidak dihargai, tapi kata2 jiwang juga yg disanjung tinggi.. namun sabda Rasullulah SAW: "sampaikanlah perkara yg benar, walaupun pahit" Sabarlah atan, teruskanlah bermujahadah...

Monday, August 2, 2010

Keikhlasan????

Seringkali aku tertnye2, dah ckup ikhlas ke membuat kebaikan?? Aku mule tersedar perkara nie, bile aku bkak I LUV Islam td... btl jgk cm dlm artikel tu, mnusia nie, kdg2 lbih mengharapkan pujian dan respon manusia dripada keredhaan Allah...


Nape ak ckp cmni, ok2, jom kite dok fikir blek k, kdg2, kalo kite puase sunat jela, (ni contoh pling ringan yg ak sempat fikir) kalo org ckp, uih, bgusnye bdk nie, rjin dye puase, bgus, beriman nie... anak SOLEH!!! amboi2, trus kembang kite dnga kan??? hahaaa, tp cube plak kalo org ckp, eh ko ni, skema laa,, ape pasal ko puase nie, ish, cm bek sgt jek, ape kite rse?? Sgn ke, malu ke?? Mungkin ade antare kite yg xnk puase lg pasni, sbb nanti orang kate skema, kate pure2 bek, PERSOALANNYA........ npe kite x istikqamah dalam buat kebaikan?? Kite nie hidup untuk ape? nk dptkan pujian manusia ke? ATAU kite nk dptkan keredhaan ALLAH??


Weh3, jom la kite btulkan blek mindset kite, biarlah semua ibadat kite, kite wat khusus utk mencari keredhaan ALLAH, bukan puase sbb AWEK puase, bkn thajjud SEBAB Boyfren kjut, plizzz, JANGAN!!! buatlah semua ibadat itu hnya untuk ALLAH... Jagalah Iman, Jagalah Hati.. (pesanan ini utk diri sendiri dan sesiapa yg sudi amek pngajaran)






Lagi satu, kalo bleh, kite jgn la puji orang lebih2, dalam sebuah hadis, Rasullulah berpesan:


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu.(Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata, " Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (HR Muslim)


Jadi, JAGA2 dalam memuji, semoga kita x membunuh kawan kite sendiri, terutamanya hati kawan kite tu, yela sebab, perasaan riak tu, akan timbul melalui pujian.. maka HATI2... :)


Semoga penulisan aku kali nie, terhindar daripada sebarang fitnah... Skian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih