Geng Aku

Monday, April 22, 2019

Penilaian Manusia Atau PenilaianNya: Kita Pilih Yang Mana?

I think, it has been ages since I posted something here. Blogging is not the 'in' thing nowadays and I prefer to write in my personal diary or journal but this time, I choose to write it here because I think I should share it with everyone (kalau ada yang baca lah). Since this is for everyone especially my dear Malaysian Muslims, so I'll use BM in this entry. 

Ok back to the topic -Penilaian Manusia atau Penilaian-Nya: Kita Pilih Yang Mana?

Usai sesi persekolahan, aku bertemu seseorang dalam perjalanan pulang ke rumah. Perbualan yang hanya kosong pada mulanya terungkai satu cerita yang buat aku berfikir semula. 

"Kenapa kau nak pindah dari tempat kerja asal kau?" Soalan bermula.

"Entahlah, mungkin aku kecewa, ye lah mana tidaknya, markah prestasi aku tahun ni rendah walhal aku dah buat kerja sehabis daya kot, itu pun masih rendah markah yang diberinya". Suaranya kedengaran kesal.

"Berapa markah yang kau dapat? Bawah 80 ke?" Soalan kembali dilontar.

"Eh taklah rendah tu, aku dapat dalam 90 lebih sikit lah." Gumamnya lemah.

"Aik, banyak juga markah tu." balasku kebingungan.

"Memanglah tinggi Jazul, tapi dengan segala kerja yang aku dah buat, aku rasa tak setimpal markah tu untuk aku. Patutnya aku boleh dapat lebih lagi."

"Oh begitu, yelah kan, kita dah penat-penat berkerja, sekali markah yang diberi rendah pula." Jawabku bersahaja, seterusnya aku meminta izin untuk pulang ke rumah.

Sewaktu perjalanan pulang, dialog sebentar tadi bermain-main semula dalam ingatan. Ada betulnya kata si teman tadi. Jika kita dah penat berkerja tapi markah yang diberikan tidak setimpal, mana datangnya keadilan. Kadang-kadang jika seseorang bos itu menyukai seseorang yang lain, mungkin markah mereka lebih tinggi dari kita yang penat berkerja seharian ini. Walhal kerja orang tersebut belum tentu lagi sebanyak kita

Tapi. Sebelum pernyataan begitu kita lemparkan semudahnya, satu persoalan yang perlu kita jawab dahulu. Benarkah orang yang mendapat markah yang tinggi itu kerjanya sedikit dan mudah? Adakah kita 24 jam bersama orang itu, walaupun orang itu didalam tandas sekalipun? Jika ya, mungkin kita boleh sewenangnya mempertikaikan kenapa "dia lebih dari aku walaupun kerjanya itu mudah". 

Benarlah, sememangnya penilaian manusia itu lemah. Kadang kala terikut perasaan, kadang kala terikut nafsu. Tidak akan sama penilaian dari seorang manusia dengan yang lainnya. Ada kala kita rasa diri kita dah berkerja sehabis baik, namun bagi orang yang menilai, mungkin itu belum lagi yang terbaik baginya.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan disini? Ya, tidak kira dimana, tidak kira apa jua yang kita lakukan, lakukanlah sehabis baik. Kerana, mungkin kita tidak mendapat markah yang tinggi dimata manusia, namun biarlah kita mendapat MARKAH yang tinggi dimataNya. Biarlah diri tidak dihargai dan dipuji penduduk bumi, asalkan yang dilangit sentiasa tahu dan menyanjungi.

Pertamanya, jika kita sedih bila tidak dihargai, tanyalah diri. Apa yang kita mahukan? Jika segala kerja yang kita buat hanya untuk sanjungan penduduk bumi, kita akan rugi dan sentiasa bersedih hati. Namun, jika kita berusaha dan berkerja sehabis daya ikhlas hanya kerana Dia, nescaya kita tidak akan pernah sesekali kecewa bahkan kita akan lebih rajin berusaha lagi dan lagi.

Segala apa didunia ini ibaratnya seperti rama-rama. Makin kita kejar, makin kita hambat, makin payah untuk kita dapat. Jika kita menangkapnya secara paksa, hasilnya mungkin tidak sama seperti biasa. Mungkin jika kita menangkap si rama-rama secara paksa, kepaknya terkoyak dan robek disini sana. Lalu saat itu kita tetap akan mencari rama-rama lain lagi-dan lagi. Namun, jika kita tidak sibuk mengejar si rama-rama tadi, mungkin tanpa kita sedari, si rama-rama tadi akan hinggap cantik dibahu. 

Samalah seperti apa yang ada di dunia ini, makin dikejar makin payah diperolehi dan jika dapat sekalipun, hasilnya tidak sama dengan usaha yang dilakukan tanpa memikirkan gajaran itu tadi. Jadi, tutup mata sedalam-dalamnya, tanyalah diri, apakah yang kita cari selamanya?

Pilihlah untuk dinilai oleh siapa, dan moga kita mampu berpuas hati dengan 'markah' si penilai itu tadi. 


2.20 a.m.
Monday

~Peace! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih