#3
Dia mula bosan bersendirian di rumah itu. Hadi sudah lama
berangkat pulang ke Melaka. Komputer ribanya dihidupkan, seketika kemudian
suara Chiodos mula kedengaran
menyanyikan Love Is a Cat From Hell dari speaker di atas meja.
Jarinya menari-nari di atas touchpad membuka laman web pelbagai jenis. Dari youtube, facebook hinggalah ke twitter, kesemua laman web itu hanya
ditenung kosong. Kemudian dia mencari pula blog kepunyaanya. Seperti biasa sesi
meluahkan rasa akan bermula.
#30 Sunyi..
+++
Ain sekadar memerhati Leeya yang asyik bernyanyi di
hadapan cermin. Teman sebiliknya itu kelihatan terlebih aktif hari ini. Pening
juga dia melayan kerenah gadis itu, sekejap menangis, sekejap ketawa, sampai
dia sendiri hampir gila melayan telatah keanak-anakannya. Apa pun, dia senang gadis
bernama Nur Aleeya itu.
“Ain, sedap tak suara aku?” sambil melemparkan senyum.
“Aah, memang sedap sangat, kalau masuk pertandingan
bintang emas confirm menang.”
“Laa, kenapa pulak pertandingan bintang emas, hina sangat
ke suara aku ni hah?” matanya dibulatkan.
“Aku tak cakap tak sedap, tapi kalau kau dah nyanyi lagu
melayu klasik tu, takkan kau nak masuk anugerah juara lagu kot, mestilah
pertandingan bintang emas kan?” ketawa Ain pecah.
“Whatever! Dah jomlah kita gerak sekarang, lapar dah
perut aku ni. Nanti kau pulak yang aku makan.”
Ain segera bagun dari katilnya. Tiba-tiba matanya
terpandang sesuatu. “Eh, kau tak bawak ke Blackberry
kau tu? Nanti orang-orang CIA tak dapat contact
kau pulak” Senyumannya meleret.
“Haa, nasib baik kau ingatkan aku. Tapi kan, yang selalu
call aku tu semuanya pengarah-pengarah filem la, diorang nak aku jadi heroin
filem diorang.” Mukanya kelihatan bersahaja.
“Alah, kalau setakat jadi watak heroin cacat anggota
badan tu nak buat apa, buat malu orang kampung je la” Ain mengejek.
“Hish kau ni, aku
tenyeh-tenyeh mulut kau dengan cili nanti baru kau tau ye! Suka suki je kutuk
aku yang comel ni. Tapi takpelah, aku terima kekurangan aku ini seadanya” Mulutnya
dimuncungkan.
“Eleh, ingat aku nak simpati ke kalau kau buat muka tak
siap macam tu? Dah-dah, jom kita gerak sekarang, nanti kau kena gastrik, aku
jugak yang kena soal siasat ngan Along kau tu.”
“Baik bos! So,
kita nak makan kat mana ni?”.
“Along’s Kopitiam, kita ubah angin la hari ni”.
“Good idea!”.
+++
Sehari suntuk dia di rumah menulis luahan kata yang entah
apa, tiba-tiba perut mula menyanyi minta di isi.
“Alahai, perut oh perut, time-time ni pulaklah kau nak
lapar.” Laptop ditutup, kunci kawasaki dicapai. Kalau aku dah kahwin, mesti tak
payah nak pergi kedai lagi, duit pun jimat.
Next Chapter
Next Chapter
No comments:
Post a Comment