Geng Aku

Saturday, December 17, 2011

Bila Bulan Di Pagari Bintang 4


# 4
            Suasana di bilik itu tetap sama, bingit dan menggila dengan dentuman yang entah apa dari speaker di atas meja itu. Lagu-lagu silih berganti menemani dirinya yang kesunyian. Namun  malam itu agak berbeza. Seperti selalu, dia hanya membuat muka ketat yang langsung tidak berekspresi yang semestinya tidak mencerminkan sebarang motivasi. Namun hari ini wajahnya dihiasi senyuman yang terlebih gula batu dan gula tebu. Mujur Hadi masih di kampung, jika tidak pasti dia akan dituduh gila.

            Matanya sedang asyik ditala ke arah laptopnya. Namun sesekali telefon bimbitnya berirama menandakan ada mesej yang masuk. Apabila dia selesai membaca mesej yang diterimanya, sekali lagi senyuman dibibirnya mula menguntum. Memang sah dia gila!

+++
           
            “ Kau rindu aku tak time aku tak ada kat sini? Mesti hari-hari kau teringat kat aku je kan? Maklumlah, aku kan housemate kau yang paling sweet, ye tak?” Hadi kelihatan ceria ketika sibuk menghidangkan nasi yang dibawa dari rumahnya itu.

            JJ seperti biasa tetap dengan riak wajah bersahajanya. Dia sudah kembali normal, gilanya sudah hilang!

“Buat apa aku nak rindukan kau, baik aku rindukan Puteri Gunung Santubong ke, kalau aku bernasib baik, cukup bulan boleh buat bini. Kalau rindukan kau apa aku dapat, buat rugi saham negara je lah!” JJ membalas.

Rahang Hadi jatuh. Dia seperti bermimpi, ini kali pertama JJ bergurau sejak dua tahun mereka serumah. “ Weh, kau demam ke JJ?” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya.

“Dah ni apa kes pulak tiba-tiba nak kata aku demam ni? Aku ada nampak macam orang yang kena sawan ke? Kau pun satu, muka macam nampak jin atas kepala aku ni kenapa?” JJ kelihatan bingung.

            “Mana aku tak pelik, kau tu macam robot tau tak, ni apa kes tiba-tiba dah pandai menjawab ni? Aku tinggalkan kau taklah lama mana, tapi tiba-tiba hari ni pandai pulak kau bergurau ye. Kau ada tersampuk jin ke? Kejap lagi aku bawak kau jumpa tok bomoh nak?”

            “Ish kau ni, karang ada jugak aku suap dengan pinggan ni. Aku diam salah, bercakap salah, ni yang buat aku rasa nak nangis ni.”  JJ mencebik.

            “Alololo, dah la hari ni kau terlebih mesra alam, ni dah pandai pulak nak merajuk! Aku patut bagi tau orang-orang Malaysia Book of Records la, biar satu Malaya terkejut bila tahu kau dah jadi manusia balik” ketawanya pecah

            “Hai kenapa pulak satu Malaya nak terkejut, habis sebelum ni aku apa, robot kucing ke sampai satu Malaysia nak terkejut? Aku macam biasa lah ni, mana ada lain.” JJ menafikan kebenaran fakta.

            “Kalau robot kucing tu aku dah kira bersyukur jugak lah, paling kurang dia cute. Tapi ni kau yang dulu stok-stok asimo tau, keras je. Orang buat lawak pun kau tak ada respon. Weh JJ, baik kau cerita dekat aku, apa yang jadi pada kau ni? Ada awek mengorat kau ye?”

            JJ hampir tersedak ketika mendengar kata-kata terakhir dari Hadi. “Ni kenapa pulak kau cakap ada awek mengorat aku ni? Kalau muka aku macam Takeshi Kaneshiro logik la jugak. Ni Osman Kering pun lagi hensem tau.” Mukanya sudah kembali bersahaja.

            “Ala dey, ada satu sebab je yang boleh buat seorang lelaki ni berpusing 180 darjah tau. Tak lain tak bukan, it’s definitely a girl. So tell me!” Hadi benar-benar ingin tahu.

            “Ish, main bedal je kau ni, no woman no cry la” Dia membela diri.

            “ Ok, we’ll wait and see. Jangan lupa tau JJ, no woman also man cry.”
           
       “Weh tukar la channel tu, kejap lagi MU lawan Liverpool la.” Dia berjaya mengalihkan topik perbualan. Tapi hanya untuk malam itu!

Wednesday, December 14, 2011

Bila Bulan Di Pagari Bintang 3


#3
Dia mula bosan bersendirian di rumah itu. Hadi sudah lama berangkat pulang ke Melaka. Komputer ribanya dihidupkan, seketika kemudian suara Chiodos mula kedengaran menyanyikan  Love Is a Cat From Hell dari speaker di atas meja.

Jarinya menari-nari di atas touchpad membuka laman web pelbagai jenis. Dari youtube, facebook hinggalah ke twitter, kesemua laman web itu hanya ditenung kosong. Kemudian dia mencari pula blog kepunyaanya. Seperti biasa sesi meluahkan rasa akan bermula.

#30 Sunyi..

+++

Ain sekadar memerhati Leeya yang asyik bernyanyi di hadapan cermin. Teman sebiliknya itu kelihatan terlebih aktif hari ini. Pening juga dia melayan kerenah gadis itu, sekejap menangis, sekejap ketawa, sampai dia sendiri hampir gila melayan telatah keanak-anakannya. Apa pun, dia senang gadis bernama Nur Aleeya itu.

“Ain, sedap tak suara aku?” sambil melemparkan senyum.

“Aah, memang sedap sangat, kalau masuk pertandingan bintang emas confirm menang.”

“Laa, kenapa pulak pertandingan bintang emas, hina sangat ke suara aku ni hah?” matanya dibulatkan.

“Aku tak cakap tak sedap, tapi kalau kau dah nyanyi lagu melayu klasik tu, takkan kau nak masuk anugerah juara lagu kot, mestilah pertandingan bintang emas kan?” ketawa Ain pecah.

“Whatever! Dah jomlah kita gerak sekarang, lapar dah perut aku ni. Nanti kau pulak yang aku makan.”

Ain segera bagun dari katilnya. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. “Eh, kau tak bawak ke Blackberry kau tu? Nanti orang-orang CIA tak dapat contact kau pulak” Senyumannya meleret.

“Haa, nasib baik kau ingatkan aku. Tapi kan, yang selalu call aku tu semuanya pengarah-pengarah filem la, diorang nak aku jadi heroin filem diorang.” Mukanya kelihatan bersahaja.

“Alah, kalau setakat jadi watak heroin cacat anggota badan tu nak buat apa, buat malu orang kampung je la” Ain mengejek.

“Hish kau ni,  aku tenyeh-tenyeh mulut kau dengan cili nanti baru kau tau ye! Suka suki je kutuk aku yang comel ni. Tapi takpelah, aku terima kekurangan aku ini seadanya” Mulutnya dimuncungkan.

“Eleh, ingat aku nak simpati ke kalau kau buat muka tak siap macam tu? Dah-dah, jom kita gerak sekarang, nanti kau kena gastrik, aku jugak yang kena soal siasat ngan Along kau tu.”

 “Baik bos! So, kita nak makan kat mana ni?”.

“Along’s Kopitiam, kita ubah angin la hari ni”.

“Good idea!”.

+++

Sehari suntuk dia di rumah menulis luahan kata yang entah apa, tiba-tiba perut mula menyanyi minta di isi.

“Alahai, perut oh perut, time-time ni pulaklah kau nak lapar.” Laptop ditutup, kunci kawasaki dicapai. Kalau aku dah kahwin, mesti tak payah nak pergi kedai lagi, duit pun jimat. 


Next Chapter

Thursday, December 8, 2011

Bila Bulan Di Pagari Bintang 2



#2
Ombak laut menderu lesu ke arah pantai. Angin yang bertiup, sesekali menerbangkan halaman mukasurat sketchbook hitam miliknya itu. Matahari yang hampir terbenam, hanya mampu merembeskan cahaya jingga yang semakin malap. Anak-anak ketam dan ibunya pula, sudah mula pulang ke sarang. Jumari Jaafar bersendirian di tepi pantai itu. Mencari ketenangan. Itulah yang dia perlukan, waktu itu...

“Ibu, I miss you,” tangan kanannya pantas menyeka air mata yang mula berlinangan. Dia tahu, kini dia sendiri, sendiri dalam mencari makna diri.  Apa yang dicari itu belum pasti. Kemana hendak dituju, dia sendiri tidak tahu.  Jika dulu, dia ada ibu disisi.  Walau hati wanita itu seringkali disakiti, namun dia tahu, masih ada insan tempat untuk bermanja dan teman meluahkan kata.  Namun, segalanya telah sampai ke penghujung, insan yang tersayang telah pergi. Segala memori hanya menjadi kenangan yang terlakar kemas di kanvas sanubari.  Kini dia sendiri.

Perlahan-lahan dia bangun, sketchbook berwarna hitam itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Kemudian dia melangkah perlahan ke arah Kawasaki Ninja berwarna biru tidak jauh dari situ. This Song Saved My Life nyanyian Simple Plan mula kedengaran dari headphonenya menggantikan I wanna be free dari Panic! At the Disco.  Masa untuk pulang....

+++
“JJ, kau tak balik ke cuti semester ni? Kalau kau nak, kau boleh ikut aku balik kampung esok. Macam mana, nak tak?”

JJ hanya membisu, anak matanya hanya menjeling sedikit ke arah Hadi.  Kemudian ia kembali terarah ke kaca televisyen.

“Wei, kau dengar ke tak ni, karang aku baling dengan kamus Oxford ni baru kau tau,” nada suara Hadi sengaja ditinggikan untuk memaksa si teman memberikan reaksi.

Bro, please, I’m not in the mood.  Kau nak balik, baliklah, aku tak matilah kalau duduk sendiri kat rumah ni,” datar JJ bersuara.  Hadi sedar dia sudah tersalah tempat dan waktu untuk bergurau.

Suasana rumah itu kembali sepi, hanya sesekali terdengar jeritan-jeritan dari drama Supernatural di televisyen. JJ bukan mudah hendak menerima sebarang gurauan.  Hadi faham benar akan sikap temannya itu.  Jika ada orang yang mampu membuatkan JJ tersenyum, orang itu bolehlah dikira orang yang paling bertuah kerana wajahnya sentiasa tidak beriak. Bukan sombong, tapi itulah personaliti yang membezakan antara seorang manusia dan manusia lainnya.  Dan, personaliti itu menjadi milik JJ.

+++

“#29: Mak, Anak Mak Dah Nak Habis Belajar!! Kalaulah Mak Tahu...”

Kelopak matanya tiba-tiba basah, entri blog hari ini amat menusuk jiwanya.  Blog yang tidak diketahui siapa tuan empunyanya itu sekadar diikuti. Hobi ‘blogwalking’ yang diwarisi dari teman-teman menemukan dia dengan blog itu. Penulis blog itu kekal misteri, namun setiap entrinya membuatkan anak gadis itu terpikat untuk terus membaca.

“Leeya, kamu dah siap packing barang ke belum? Esok pagi-pagi kita dah nak bertolak tau,” terdengar jeritan ibunya dari luar.

“Dah mak, semua Leeya dah kemaskan.  Tinggal mak je yang Leeya belum masukkan kat dalam beg ni.”

“Hish, matilah emak ni nanti kalau kamu masukkan dalam beg tu,” kedengaran pintu biliknya terbuka.

Leeya berpaling ke belakang dan tersenyum memandang wajah ibunya. “Ala mak ni, kalau Leeya tak bawa mak, nanti Leeya rindu pula.  Siapa nak dodoikan Leeya lagi masa nak tidur.  Pastu, siapa pulak yang nak kejut Leeya masa nak bangun tidur?” rajuknya sengaja dibuat-buat. Biasalah, anak manja!

 Ibunya sekadar tersenyum, dia bahagia mempunyai anak yang sentiasa disisi.   Namun dia tahu, puterinya perlu dilepaskan pergi.  Namun bukan melepaskan tidak bertali, talinya tetap dipegang cuma si anak akan dilepaskan lebih tinggi.  Dia ingin si  anak mampu melihat dunia lebih luas dan kini dia hanya mengharapkan bantuan Illahi untuk memerhati dan melindungi puteri kesayangannya itu.

“Dah besar dah anak mak ni, nanti bila mak dah jauh, jangan lupa solat, doakan mak selalu, ingat tu tau! Belajar rajin-rajin, sebab belajar tu kan ...”

“Satu ibadah.” Leeya segera menyambung.  Ibunya hanya menggeleng dan segera pipi anaknya itu dicubit mesra.

“Insya-Allah, Leeya pandai jaga diri.  Cuma mak tu, jangan pula menangis selalu bila Leeya tak ada ya?” matanya dikenyitkan sebelah.  Tiba-tiba pipinya terasa dicubit lagi.  Memang mereka mesra....
+++

“Jauh termenung, ingatkan siapa tu Cik Aleeya?” bahu adik kesayangannya itu ditepuk perlahan.

“Along ni.... terperanjat orang la! Leeya tengah teringatkan mak, entah apa yang dia tengah buat sekarang ni. Along, Leeya rindulah nak jumpa mak. Minggu depan kita balik nak?” Wajah abangnya itu dipandang penuh harap.

“Along sibuklah dalam dua tiga minggu ni. Tapi takpelah Along rasa kalau buat kerja tu kat rumah pun tak jadi masalah. Tapi hari ni Leeya kena tolong Along boleh?” Keningnya diangkat meminta respon.

“Hai, nak mintak tolong apa pulak ni, macam nak pergi pinang puteri gunung ledang je gayanya.”

“Hurm, memang ni kes nak meminang pun, tapi bukan puteri gunung ledang la. Tu, Leeya  nampak tak ada budak perempuan bertudung labuh dekat hujung cafe tu. Along dah lama dah perhatikan dia, Leeya tolong mintak nombor telefon dia boleh? Untung-untung cepatlah nanti Leeya dapat kakak ipar.” Pancaran mata Kimi kelihatan mengharap.

“Amboi, Along dah gatal ye, nanti balik rumah, Leeya report kat mak baru Along tau. Tapi kan Along, mana ada orang yang mintak nombor telefon lagi lah. Along ni kuno betul, orang zaman sekarang mintak nama facebook, jimat, mudah dan berkesan.” Leeya mencebik.

Kimi menggeleng, “ Along manalah pernah mengorat anak dara orang nithis is my first time la dey, cepatlah, nanti dia dah pergi pulak”

“Oklah, Along tunggu kejap ye, Leeya pergi mintak. Kalau Leeya dapat nombor telefon diaAlong kena la belanja Leeya makan tau!” Dia berlalu sambil melenggok-lenggokkan tangannya. 
++
“Assalamualaikum, kak, tumpang tanya, akak single?” pertanyaan itu menghentikan pembacaan Nur Maisarah. Dia segera mendogak memandang ke hadapan untuk mencari tuan empunya suara.

“Waalaikumussalam, erm, kenapa ye adik tanya. Akak memang single.” Gadis yang ber T-shirt merah jambu dihadapannya itu kelihatan tersenyum ceria. Tudung gadis itu sesekali terbuai-buai ditiup angin. Comel budak ni, getusnya didalam hati.

“Haa, baguslah macam tu, tu haa, akak nampak tak ada mamat kat hujung tu, dia abang saya. Dia nak berkenalan dengan akak. Boleh bagi nombor telefon?”

“Alamak dik, akak tak boleh main bagi je nombor akak kat orang yang tak dikenali ni. Minta maaf ye dik. Bukan sombong, tapi ni amanah dari parents akak. Tapi apa nama adik ye?”

“Eh, takde hal lah kak, abang saya pun satu, main redah je mintak nombor telefon orang. Saya Nur Aleeya. Cik abang yang dekat hujung tu Badrul Hakimi. Nama akak apa pulak?”

“Akak Nur Maisarah, panggil je kak sarah. Nanti adik cakap kat abang adik tu, kalau nak kenal, kenalah tanya mak dan ayah akak dulu ye”. Jawabnya sambil tersenyum.

“Wah, entah berani ke tidak abang saya nak buat macam tu. Takpelah, nanti saya sampaikan ye? Ok la kak, saya pergi dulu, ada masa nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” Sarah hanya memandang anak gadis itu berlalu pergi.

“Along, nak kenal, kenalah tanya mak dan ayah kak sarah, berani ke?” ketawanya pecah apabila melihat wajah murung abangnya itu.

“No treat for today!”

“Alaa... Along buncit kedekut!!!” Leeya sudah berlari meninggalkan abangnya.


Next Chapter



Wednesday, December 7, 2011

Bila Bulan Di Pagari Bintang 1

#1
“Priceless memory ey?”  Gambar itu ditatap.

“Yup, tapi waktu ni awak belum tembam lagi, haha!”

“Eleh, macamlah awak tu slim macam dulu. Tengok perut tu, dah makin ke depan ye cik abang! Tapi kalaulah tak jumpa awak, mesti saya sunyi.”

“Alah, kalau awak sunyi saya pulak, mestilah sepi. Mana ada orang yang mampu menarik hati saya. Awak je!”

“Awak jaga saya tau!”

“Insya-Allah, kita doalah selalu”.


Next Chapter





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih