Geng Aku

Saturday, November 13, 2010

Bilik Asrama Itu......

Entah mengapa, matanya amat sukar dipejam saat ini, berkali-kali dia cuba untuk melelapkan mata, namun hanya sia-sia. Di luar, unggas telah lama berirama, dalam sayup-sayup ke samaran malam, terkadang-kadang dia terdengar salakan anjing, mendayu-dayu bunyinya. Dia masih tidak mampu menerima kata-kata Suziana petang tadi. Terasa kata-kata itu seperti menikam-nikam dadanya. “Ah jahanam kau perempuan!” getusnya sendirian. Kekasih yang disayanginya itu tiba-tiba meminta putus. Mahu lebih fokus pada pelajaran katanya. Asran akur, dia sedar, hidup sebagai manusia perlu tabah dengan perpisahan. Akhirnya rasa mengantuk mula dirasakan hadir setelah dia menguap beberapa kali.

Ketika matanya semakin mengecil dan kelopak matanya mula memberat, tiba-tiba dia terdengar bunyi gelak tawa seorang anak kecil. Dilihatnya jam di dinding, waktu mula mencecah jam tiga pagi. Rakan sebiliknya telah lama lena diulit mimpi. Gelak tawa tadi seakan-akan semakin hampir ke biliknya. Akhirnya, bunyi itu dirasa seolah-olah berhenti dihadapan biliknya. Tiba-tiba Asran terdengar,”ibu, marilah masuk dulu, kita tengok, siapa yg masih belum tidur”, suara anak kecil yg amat lembut kedengaran riang mengajak ibunya masuk ke bilik 117 itu. Kecut hati Asran, siapa yg tidak takut apabila ada suara anak kecil disitu. Asrama itu hanya dihuni oleh pelajar lelaki manakan mungkin boleh seorang anak kecil berada disitu. “Baik anakku sayang, marilah kita lihat, siapa yg masih belum tidur lagi” tiba-tiba suara seorang wanita pula yg kedengaran. Asran semakin cemas.

Peluh dingin mula membasahi dahi. Tubuhnya seakan-akan kaku, dia tidak lagi mampu bersuara. Perlahan-lahan, pintu terkuak, Asran dapat mendengar perbualan dua mahluk tadi yg mulanya hanya berada diluar. Seingatnya, pintu itu tadi telah dikuncinya dari dalam. Siapa pula yg mampu membuka pintu itu? Asran membuka matanya perlahan-lahan, hanya kegelapan yg memenuhi segenap ruang bilik itu. Diamatinya dengan teliti, Amir tidak lagi bergerak, mungkin perlawanan ragbi siang tadi membuatkannya terlalu letih dan tidur dengan nyenyak sekali. Asran lega, tiada sesiapa pun di biliknya melainkan dia dan Amir.





Tiba-tiba, Asran dapat merasakan seolah-olah ada mahluk lain yg sedang memerhatikannya dari atas. Cepat-cepat ditutup matanya rapat-rapat. Dadanya berombak kencang. “Ish, apa benda pulak kat atas siling tu?” dia bermonolog sendirian. Mahluk yg berada diatas itu tiba-tiba turun. Asran dapat mendengar bunyi mahluk itu berbual. “Ibu, yg seorang ini dah tidur, samalah dengan bilik-bilik di sebelah. Ani bosanlah ibu, tiada siapa yg mahu bermain dengan Ani. Hah yg seorang lagi tu macam mana pula ya?” Asran benar-benar ketakutan saat itu. Mahluk itu seakan-akan menghampirinya. Bulu romanya mula meremang. Mujur dia sedang menghadapkan tubuhnya ke dinding, maka dia tidak melihat mahluk itu. Bunyi itu tiba-tiba hilang sekali lagi. Biliknya kembali sunyi. Badan Asran terasa berat untuk dipusingkan. Mungkin ketakutan yg membuatkan dirinya tidak mampu bergerak kala itu.

Akhirnya Asran menggagahkan diri untuk berpaling untuk menghadap ke arah Amir. Matanya yg tadi terpejam rapat, dibukanya perlahan-lahan. Syukur, tiada sesiapa di hadapannya. Tiba-tiba, dari atas kepala, Asran seperti merasakan terdapat dua pasang mata sedang memerhatikannya penuh setia. “Haa ibu, yg ini belum tidur lagi, bolehlah Ani bermain dengan abang ni” suara kanak-kanak itu kedengaran lagi dan kini ia berada betul-betul di atas kepalanya. Tiba-tiba tangannya dipegang, kuat cengkaman mahluk itu. Mahu sahaja Asran menjerit, namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Asran hanya mampu berserah saat ini, tubuhnya lemah, namun dia masih berdaya untuk melihat wajah mahluk itu, kedua-duanya berselubung serba putih, wajah mahluk itu amat mengerikan. Terdapat ulat-ulat dimuka mahluk itu, mata mereka tajam memandangnya, dan senyuman yg menakutkan terukir di bibir mereka. “Ibu, abg ni mungkin boleh main dengan ani kan?” hilai tawa yg menggerunkan memecah kesunyian malam. “Matilah aku lepas nie, arghh” Asran berkata-kata sendirian , ketakutan benar-benar memuncak saat ini, mujur lidahnya masih mampu mengalunkan ayat kursi yg dipelajarinya 10 tahun dahulu.

Asran menutup matanya, ayat kursi dibacanya perlahan-lahan. Tubuhnya masih menggigil ketakutan, namun kini dia pasrah, dia hanya mengharapkan bantuan Allah agar mahluk itu tidak mengganggunya lagi. Syukur, setelah beberapa kali bacaan itu diulang, Asran merasakan mahluk itu seolah-olah telah pergi. Perlahan-lahan, dia bangkit untuk menghidupkan suis lampu supaya biliknya terang disimbah cahaya. “klik” selang beberapa ketika, lampunya menyala. Asran bergerak semula ke katil untuk berbaring, tubuhnya benar-benar letih. Sekali lagi, Asran tercium bau ganjil, dia mula berasa cemas, tiba-tiba, muncul satu tangan dari bawah katilnya, tangan itu berbulu lebat dan dipenuhi ulat . Asran menjerit dan pengsan ketakutan.



“Ran, ran, weh bangun wei, apa pasal ko tidur kat lantai nie, bangun-bangun!” Asran mula membuka mata, dilihatnya Amir sedang memandangnya dengan wajah yg penuh tanda tanya. Asran menceritakan kisah semalam kepada Amir. Selang beberapa hari, mereka berpindah keluar dari asrama itu kerana takut diganggu lagi. Bilik itu sentiasa bertukar-tukar penghuni setiap tahun, dan punca setiap penghuni itu berpindah tidak pula diketahui. Mungkinkah Ani dan ibunya yg mengganggu para penghuni di bilik tersebut?

Mungkinkah bilik asrama yg dihuni oleh anda itu adalah bilik si asran dan amir? Cuba lihat sebentar ke bawah katil, manalah tahu, jika ada “seseorang“ disitu...... Awas!

1 comment:

  1. uiii seram.. tp kreatif~ tringat zaman aku dulu2 buat crita pndek cenggini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih