Geng Aku

Sunday, November 7, 2010

Aku Sayang Padamu


“Bip bip, bip bip”, telefon bimbit Abu rancak berbunyi. Dilihatnya sebentar skrin telefon bimbitnya itu, kemudian dia menyimpan kembali telefon bimbit itu ke dalam saku seluar. “Ah, apa lagi yg org tua itu mau, aku sibuk ni, takkan tak boleh tunggu malam. Duit aku dah bagi kelmarin, apa lagi yg tak cukup ni?” getus Abu didalam hati. Dia sememangnya seorang pemuda berwawasan, pemuda contoh. Siang, malam, dia sentiasa bekerja keras. Maklumlah, di dunia yg serba moden ini, wang adalah suatu keperluan yg utama..

Selang beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Merah padam mukanya menahan kemarahan kerana dia memerlukan konsentrasi yg tinggi ketika bekerja. “Ah, hilang idea aku, org tua ni pun satu hal, takkan tak faham-faham, aku sedang bekerjalah, jgn lah ganggu aku”, getus hatinya seakan memberontak. Keningnya berkerut-kerut menahan kemarahan.

Abu akhirnya mematikan telefon bimbitnya kerana bimbang diganggu lagi. Selang beberapa ketika, datang Siti meminta supaya Abu menghantarnya ke sebuah pasaraya utk membeli belah. Walaupun kerjanya masih bertimbun, Abu akur kerana dia sememangnya telah lama jatuh hati terhadap gadis itu. Siti merupakan seorang gadis yg amat cantik, kulitnya yg putih, suaranya yg lunak merdu, mampu mencairkan hati jutaan pemuda. “Abg Abu, siapa yg call abg tadi, Siti tgk abg mcm tak suka je”, Siti bertanya dengan nada yg agk manja sewaktu didalam kereta bersama Abu. “erm, takde siapalah, mak abg yg call tu, entah apa pulak mimpi dia call abg hari ni, ganggu betul. Siti bukan tak tahu, abg banyak kerja ni, mana ada masa nak berbual-bual panjang. Malam boleh lah”, jawab Abu selamba.





“Err, jadi Siti ni tak ganggu abg ke, kan abg byk kerja, terasa menyusahkan pulak”, Siti bernada sayu. “Eh mana ada, Siti tak ganggu pun la, abg tak kisah pun nak hantar Siti, lagipun bukan jauh sgt, setakat 1 jam perjalanan je, lagipun abgkan syg Siti”, Abu memujuk. Siti senang dgn pujukan itu dia terdiam, hatinya senang dgn luahan syg Abu terhadapnya.

Selang beberapa hari, baru Abu teringat kembali tentang ibunya. “Eh, lupa pulak aku, apa lah yg org tua itu nak time call aku hari tu ye? Takkan tak cukup duit kot”. Abu mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor yg jarang-jarang benar didailnya itu. Percubaan pertama gagal, tiada siapa yg menjawab panggilannya. Dia mencuba dan terus mencuba, namun masih tiada siapa yg menyahut dihujung talian. Hati Abu tidak tenteram, selepas tamat bekerja, dia segera menuju kerumah ibunya.

Sesampai dirumah itu, dilihatnya tiada langsung kelibat manusia di luar rumah. Abu bergegas masuk ke dalam. Mujur pintu tidak berkunci ketika itu. Rumah usang itu kelihatan suram. Tiba-tiba, Abu tercium bau busuk yg amat kuat, dia hampir sahaja termuntah sejurus dia menghidu bau itu. Tiba-tiba, dia terlihat sekujur tubuh yg kaku, tersandar di hujung penjuru rumah. Abu kenal tubuh itu. Tubuh kaku itulah yg dahulunya menjaga dirinya sewaktu kecil, tubuh itulah yg mengajarnya menulis dan membaca, tubuh itulah juga yg memberikan kasih sayang penuh mesra kepadanya. Tubuh itu dahulu kuat membanting tulang untuk menyekolahkannya, memberi makan, memberi perlindungan. Namun kini, tubuh itu telah kaku, tidak lagi mampu mengukir senyuman. Abu menjerit sekuat hatinya, “ibu!” satu perkataan yg hanya mampu dilaungkannya.

Tanpa menghiraukan bau busuk yg ada, Abu segera merangkul tubuh itu. Di peluknya dengan erat, diciumnya tubuh itu berkali-kali. Wajah ibunya kini telah bertukar biru, sedarlah Abu, ibunya telah lama pergi. Sedih! Itulah perasaannya ketika itu. Dalam sedu sedan yg semakin berkurangan, Abu telihat sekeping kertas disebelah mayat ibunya. Di bacanya perlahan-lahan setiap ayat yg ditulis ibunya itu.




Assalamualaikum,
Wahai anakanda yg kukasihi, mungkin saat kau membaca surat ini, ibu telah pergi. Namun hanya satu pinta ibu, jgnlah kau bersedih. Abu, ibu tahu kamu sibuk nak. Ibu tahu kamu terlalu banyak urusan sehingga melawat ibu pun mungkin akan menjejaskan urusan pekerjaan kamu. Namun, sewaktu ibu menelefonmu, ibu hanya ingin mendengar suaramu saat terakhir ibu di dunia ini anakku sayang. Ibu tahu, kamu mungkin tidak mempunyai masa untuk melawat ibu, ibu tidak mahu menyusahkan kamu menghantar ibu ke hospital. Ibu tidak mahu kamu terasa terbeban utk menjaga ibu, merawat ibu, oleh itu ibu rahsiakan penyakit ibu padamu. Tapi ibu sedih, kerana tidak dapat berbicara dgnmu saat ibu mahu bertemuNya. Syg, maafkan ibu andainya hidup ibu mengganggumu. Ibu sedar, tubuh tua ini hanya bebanan bagimu. Satu ucapan terakhir dariku anakku syg, Aku Sayang Padamu.

Dari ibumu..





Abu meraung sekuat hati. Dirinya hiba, penyesalan berkunjung. Namun itu semua sudah terlambat. Besar jasanya seorang ibu, mendidik dan membesarkannya sejak kecil hingga mampu bergelar seorang professional. Namun, saat terakhir hayat ibunya, dimanakah dia? Tiga hari tubuh ibunya terbiar kaku. Inikah dia seorang pemuda contoh? Abu benar-benar menyesal, dipanggil ibunya berkali-kali, namun, ibunya tetap diam membisu. “Ibu, Abu sayang ibu!”, sudah terlambat Abu, ibumu sudah tiada!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih