Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang....
Lama tak menulis, otak dah berkarat,
penulisan pula makin hilang sengat,. Namun setelah lama tempoh berhibernasi
ini, terasa aku perlu lakukan sesuatu, untuk umat ini, untuk jiwa, untuk
rohani.
.............................................................................................................................
Teman, benar aku kagum melihat ramai yg
ambil berat tentang mereka2 di Palestin.
Ramai yg mengutuk, ramai yg mencaci dan yg
paling aku kagumi ada juga yg tidak putus berdoa untuk mereka
Namun persoalannya, adakah kepekaan kita
itu adalah didasarkan oleh rasa sayang antara saudara seagama atau kita ini
hanya pak turut yg mengikut musim?
Buka sahaja mana2 laman sosial, pasti ramai
yg sedang post, komen, atau suka (like) artikel2 berkaitan mereka disana..
Tutup mata, buka mata hati, mari kita fikir
semula..
Jika benar kita berpijak pada paksi
persaudaraan dan sayang sesama saudara, ayuh teruskan perjuangan... Teruskan
berjuang untuk mereka, teruskan dengan post sebegitu agar lebih ramai lagi yg
akan sedar tentang mereka disana. Maka dengan itu makin ramailah umat Islam yg sama-sama
menadah tangan berdoa untuk meminta Allah berikan mereka kekuatan dan
kemenangan. Juga mungkin ada hartawan yg tersedar seterusnya memberikan
sumbangan wang ringgit berkoyan-koyan..Siapa tahu, hati manusia mudah berubah,
yg penting usaha dahulu, moga nanti kita dapat kurangkan beban untuk mereka.
Namun jika apa yg kita lakukan itu sekadar
ikut-ikutan, muhasabah dahulu diri, betulkan niat dalam hati... Kita bukan
berjuang untuk saudara kita disana mengikut musim, kerana mereka diceroboh
setiap hari, mereka menangis tak berhenti hingga mungkin tiada lagi air mata
mengiri tagis mereka...
Sedarlah diri, perjuangan ini bukan kerna
nama... Bukan untuk kejarkan popularity... Kita berjuang demi persaudaraan,
atas nama kemanusiaan... Jika tiada ikhlas dihati, siap sedialah untuk di soal
diakhirat nanti...
SAVE GAZA! SHOW THAT HUMANITY IS STILL EXIST!
Sekali lagi, betulkanlah niat dihatimu,
wahai aku, wahai teman2ku... Marilah kita tadahkan tangan, pohonkan doa, agar
mereka disana diberikan kesejahteraan, atau jika mereka terkorban, pohonlah
mereka mati dalam keimanan... Mari doakan mereka sekarang, bukan nanti....
nanti..... nanti..........~Peace!
Jika ingin tahu lebih cara membaca doa qunut nazilah ini klik di SINI
No comments:
Post a Comment