Geng Aku

Wednesday, July 2, 2014

Antara tugasan dan...... KAWAN

Kalau disuruh untuk memilih kawan atau tugasan? Siapa kau pilih?
Ya, tentu sekali kawan... Teman... Kerana apa? Kerana mereka itu menceriakan.. Kan?

Tapi bila difikir semula tentang amanah, tentang tanggung jawab yg membebankan,
Apa pula nanti aku mahu jawab dengan Tuhan?
Waktu itu dimanakah kawan? Mana rakan, mana teman?
Waktu itu tentu sekali aku berseorang kerdil tercungap-cungap minta diselamatkan...
Tapi, mana kawan?
Mana?

Waktu mengagihkan beban, aku yg pertama sekali kau calonkan
Waktu aku cuba menyelamatkan, adakah kau sedar apa yg aku telah aku lakukan?
Bukan minta dipuji dan disanjung tinggi
Cuma salahkah barang sedikit untuk rasa dihargai?

Waktu aku buntu mana kau wahai teman?
Waktu aku penat ada kau datang untuk urutkan? Untuk tenangkan?
Salah sedikit laju kau menghukum
Penghukum bukan kita, itu kerja Tuhan.

Maaf, mungkin aku terlalu ikutkan perasaan
Mungkin terlalu sensitif diusia begini bagimu
Aku minta satu, cuba duduk di tempatku.

Rasa dulu baru cerita
Tak guna mengutuk dibelakang tabir
Tak guna mengata sebelum merasa
Jangan sembang kosong tanpa isi
Jika tin kosong keluar bunyi, tin kosong berkarat tiada siapa yg ingin peduli lagi

Peringatan manis dari aku wahai kawan, aku bukan makanan.. Serius, aku bukan makanan untuk kau makan

Salam sayang <3 p="">

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih