Geng Aku

Monday, November 29, 2010

Surat Budak Darjah 5.. haha (rekaan semata2)


Assalamualaikum,

Surat ni, kite tujukan untuk awak Siti Sofea. Awak nak tau, kite sebenarnye nak cakap sesuatu ni kat awk. Tapi kite malu la nak cakap depan2, awk garang la ngan kite.

Awk2, kite nak bagitau ni, kite sebenarnye suke kat awk, kite saje je buli2 awk, curi pemadam awk, conteng buku awk, sebenarnye, kite dah lama minat kat awk. Boleh tak awk bagi biodata kat kite? Hehe.
Awk, aritu kan, time kite nak pulangkan pensel kat awk, tibe2 tangan kite terkena tgn awk. Sori eh? Kite tak sengaja la. Awk mara kat kite mase tu kan, awk kesat2 tgn awk kt sapu tgn awk. Awk kate geli sebab terpegang tangan kite, sory taw! lain kali kite x buat lagi..


Kite nak jadikan awk makwe kite la, boleh tak? Tapi, kite xnk la jumpe2 kat luar mcm abg Leman ngan Kak Siti (bukan awk laa). Haritu, kite nampak diorang pegang2 tangan, geli la kite tengok. Kan Ustazah penah cakap yg kite tak boleh main pegang2 tangan kan? Mak kite pon cakap berdose taw pegang tangan ngan pompuan. Takpe, nanti, kite nak belaja rajin2, pastu, bile kite dah jd pilot nanti kite nak kawin ngan awk. Boleh tak?




Awk2, cite2 awk nak jadi doktor kan? Kite igt la time kelas Sains dulu cikgu Azmi tanye awk, awk ckp awk nak jadi doktor. Best la cite2 awk, kite plak nak jadi pilot. Jadi, sekarang ni, kite nak belaja rajin2 la. Kite nak mak kite nanti bangge ngan kite pastu awk pon leh terpikat kat kite.. hehe. Taun depan kite same2 nak ambik UPSR kan? Jadi kite harap, kite same2 leh jwb ngan baik time pekse tu nanti k?

Minggu lepas, mase g kedai uncle Lim, kite nmpk awk ngan ayah awk. Awk pkai tdung kaler merah jambu ngan jubah warne putih, cntiklah awk. Tak macam akak kite, kuar umah pun x pkai tudung. Kite nak tegur, tapi kite kecik lagi. Dia suke tegur2 kite, suruh smayg la, bace Al Quran la, tapi kite tgk, dia x buat pon. Pandai tegur org je kan? Ish3..
Ok la awk, kite nak ikut mak kite pegi pasar malam la, kite harap awk sudi nak jd makwe kite ye? Hehe.. Babai..

Ni ade pantun untuk awk, pecah kace pecah gelas, sudah bace, tolong lah balas..
Ps: Sory tulisan comot.. hik3

*Gunakanlah akal untuk berfikir... So, carilah makna yg tersirat pada kata2 yg tersurat.. Tq

Saturday, November 27, 2010

Menutup Aurat Boleh Jadi Baik, Betul Ke ni?

Sapaannya menghentikan seketika lamunan saya. Dirinya seakan-akan dibelenggu pelbagai masalah. “Erm, zul, kau free ke sekarang ni” dia memulakan bicara. Saya sekadar mengangguk kerana saya masih lagi terkejut akan kehadirannya. Perlahan lahan saya membuka kata, “kau macam ada masalah je nie, ade apa2 yg nak dikongsikan ke?” saya bernada selamba.


“Aku sebenarnya nak bertudung, tp, aku takut la, takut jd hipokrit. Kau tengok jela, betapa ramai org2 kat luar sana yg bertudung, tp, kalau jalan2 tu, pegang2 tangan jugak. Buat maksiat jugak. Jadi, aku takut, aku pakai tudung ikut musim je. Kalau boleh, aku nak lah pakai tudung ni secara kekal, xnk bukak2 lg. Saya terdiam seketika, menyusun ayat yg tepat untuk difahami oleh seorang mahasiswa sepertinya. “Tadi kau katakan yg kau nak bertudung kan? Jadi apa masalahnya? Kau takut orang pandang serong? Begitu?” “Ya, mcm tu lah yg aku rasa, aku takut nanti, org ckp aku nie nak berlagak baik lah, ape lah, kau faham2 lah kan, kwn2 kita mcm mana,” jawabnya sesal.


“Ok, mcm nie lah, aku nak tanya kau satu soalan, kau sedang bertuhankan siapa, manusia, atau Allah? Cara kau bercakap nie, seolah-olah, kau lebih pentingkan apa yg dikatakan manusia berbanding suruhan Allah. Allah dah tetapkan didalam Al Quran supaya wanita dan lelaki menutup aurat. Sekali lagi aku ulang, manutup aurat. Baiklah, kalau kau katakan yg kau nak bertudung, pesan aku, xpayah lah. Kan lebih afdal jika kau menutup aurat. Apa yg kau lihat disekeliling kau tu, hanyalah gadis2 yg bertudung, bukan yg menutup aurat. Jika betul pun mereka menutup aurat, tapi kekosongan dihati mereka tidak sepenuhnya mereka isi dengan ajaran Islam!



Ingat, menutup aurat satu tuntutan bukan satu gaya. Ianya bukan sekadar harus, tapi ianya wajib kita laksanakan. Katakanlah kau tak bersedia nak menutup aurat, takut nanti jadi hipokrit, kau tahu ke, bila masanya kita masing2 akan temui ajal? Saat tu, sempatkah lagi kau nak bertaubat? Boleh ke kau kata kat Malaikat Izrail, erm malaikat, jap ea, sy nak tutup aurat jap, nak tobat dulu, kang 5 minit lg bolehlah cabut la nyawa saya. Kita boleh temui ajal bila-bila masa. Jadi kau tak takut ke kau mati dalam keadaan aurat masih lagi terdedah. Kau tak rasa malu ke bila menghadap Allah dalam keadaan yg mcm tu?” Sengaja saya tekankan soal kematian untuk menggesanya berfikir.


“Baiklah, kalau mcm tu, kau nak aku menutup aurat ye, bukan hanya pakai tudung? Begitu? Tapi aku takut bila aku bertudung nanti, aku tetap buat maksiat, aku tetap buat perkara yg bukan-bukan hingga menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri.” Kali ini saya tersenyum mendengar komennya. “Baiklah, cuba kau fikirkan kembali kata-kata kau sebentar tadi, kau takut terbuat maksiat walaupun menutup aurat bukan? Ini menunjukkan satu perkara yg baik untuk kau.







Cuba fikirkan diri kau yg sekarang, kau tidaklah begitu risau untuk membuat maksiat kerana kau tidak bertudung bukan? Tapi apabila bertudung, kau takut org lain akan mencela kau kerana kau telah bertudung, tetapi masih lagi membuat maksiat. Secara tidak langsung, kau akan kurang melakukan perkara-perkara yg menjurus kearah maksiat kerana takut dicela lagi. Tidakkah kau rasakan dengan menutup aurat, sedikit sebanyak kau sedang berlatih untuk menjadi individu yg lebih baik? Bolehkah seorang pelajar yg hanya mengikuti satu jam kuliah mendapat markah penuh didalam peperiksaan mereka? Tentu saja mustahil, betul tak? Dia perlulah mengikuti kelas dan membuat latihan dahulu supaya mampu mendapat markah yg tinggi.


Samalah seperti hal ini. Untuk menjadi lebih baik, kau perlukan latihan, kritikan kwn2 merupakan cabaran yg paling hebat, tapi, tak mahukah kau mendapat markah yg tinggi apabila bertemuNya kelak? Jalan yg paling mudah untuk memulakan sesi latihan itu ialah dengan menutup aurat. Kau akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan setelah menutup aurat kerana bimbang pandangan serong dari masyarakat.



“Betul jugak apa yg kau katakan tadi, terima kasih zul, lepas nie, aku cubalah tutup aurat aku, mula-mula pakai tudung, kemudian tutup bahagian2 yg lain pula.” Dia tersenyum lalu berlalu pergi. Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat yg amat membingitkan. Rupa-rupanya jam loceng saya yg sedang berdering. Sedarlah saya yg saya sedang bermimpi. “Wah mimpi yg mencabar minda ni,” saya bermonolog sendirian. Seketika saya terfikir, adakah saya mampu menjadi seorang muslim yg dikasihi Allah di era yg serba moden ini? Terlalu banyak godaan dari pelbagai sudut bakal tiba. Moga-moga, saya mampu berubah menjadi lebih baik seperti gadis yg saya mimpikan tadi.. Amin

Friday, November 19, 2010

cinta dan CINTA

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Ibrahim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Saturday, November 13, 2010

Bilik Asrama Itu......

Entah mengapa, matanya amat sukar dipejam saat ini, berkali-kali dia cuba untuk melelapkan mata, namun hanya sia-sia. Di luar, unggas telah lama berirama, dalam sayup-sayup ke samaran malam, terkadang-kadang dia terdengar salakan anjing, mendayu-dayu bunyinya. Dia masih tidak mampu menerima kata-kata Suziana petang tadi. Terasa kata-kata itu seperti menikam-nikam dadanya. “Ah jahanam kau perempuan!” getusnya sendirian. Kekasih yang disayanginya itu tiba-tiba meminta putus. Mahu lebih fokus pada pelajaran katanya. Asran akur, dia sedar, hidup sebagai manusia perlu tabah dengan perpisahan. Akhirnya rasa mengantuk mula dirasakan hadir setelah dia menguap beberapa kali.

Ketika matanya semakin mengecil dan kelopak matanya mula memberat, tiba-tiba dia terdengar bunyi gelak tawa seorang anak kecil. Dilihatnya jam di dinding, waktu mula mencecah jam tiga pagi. Rakan sebiliknya telah lama lena diulit mimpi. Gelak tawa tadi seakan-akan semakin hampir ke biliknya. Akhirnya, bunyi itu dirasa seolah-olah berhenti dihadapan biliknya. Tiba-tiba Asran terdengar,”ibu, marilah masuk dulu, kita tengok, siapa yg masih belum tidur”, suara anak kecil yg amat lembut kedengaran riang mengajak ibunya masuk ke bilik 117 itu. Kecut hati Asran, siapa yg tidak takut apabila ada suara anak kecil disitu. Asrama itu hanya dihuni oleh pelajar lelaki manakan mungkin boleh seorang anak kecil berada disitu. “Baik anakku sayang, marilah kita lihat, siapa yg masih belum tidur lagi” tiba-tiba suara seorang wanita pula yg kedengaran. Asran semakin cemas.

Peluh dingin mula membasahi dahi. Tubuhnya seakan-akan kaku, dia tidak lagi mampu bersuara. Perlahan-lahan, pintu terkuak, Asran dapat mendengar perbualan dua mahluk tadi yg mulanya hanya berada diluar. Seingatnya, pintu itu tadi telah dikuncinya dari dalam. Siapa pula yg mampu membuka pintu itu? Asran membuka matanya perlahan-lahan, hanya kegelapan yg memenuhi segenap ruang bilik itu. Diamatinya dengan teliti, Amir tidak lagi bergerak, mungkin perlawanan ragbi siang tadi membuatkannya terlalu letih dan tidur dengan nyenyak sekali. Asran lega, tiada sesiapa pun di biliknya melainkan dia dan Amir.





Tiba-tiba, Asran dapat merasakan seolah-olah ada mahluk lain yg sedang memerhatikannya dari atas. Cepat-cepat ditutup matanya rapat-rapat. Dadanya berombak kencang. “Ish, apa benda pulak kat atas siling tu?” dia bermonolog sendirian. Mahluk yg berada diatas itu tiba-tiba turun. Asran dapat mendengar bunyi mahluk itu berbual. “Ibu, yg seorang ini dah tidur, samalah dengan bilik-bilik di sebelah. Ani bosanlah ibu, tiada siapa yg mahu bermain dengan Ani. Hah yg seorang lagi tu macam mana pula ya?” Asran benar-benar ketakutan saat itu. Mahluk itu seakan-akan menghampirinya. Bulu romanya mula meremang. Mujur dia sedang menghadapkan tubuhnya ke dinding, maka dia tidak melihat mahluk itu. Bunyi itu tiba-tiba hilang sekali lagi. Biliknya kembali sunyi. Badan Asran terasa berat untuk dipusingkan. Mungkin ketakutan yg membuatkan dirinya tidak mampu bergerak kala itu.

Akhirnya Asran menggagahkan diri untuk berpaling untuk menghadap ke arah Amir. Matanya yg tadi terpejam rapat, dibukanya perlahan-lahan. Syukur, tiada sesiapa di hadapannya. Tiba-tiba, dari atas kepala, Asran seperti merasakan terdapat dua pasang mata sedang memerhatikannya penuh setia. “Haa ibu, yg ini belum tidur lagi, bolehlah Ani bermain dengan abang ni” suara kanak-kanak itu kedengaran lagi dan kini ia berada betul-betul di atas kepalanya. Tiba-tiba tangannya dipegang, kuat cengkaman mahluk itu. Mahu sahaja Asran menjerit, namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Asran hanya mampu berserah saat ini, tubuhnya lemah, namun dia masih berdaya untuk melihat wajah mahluk itu, kedua-duanya berselubung serba putih, wajah mahluk itu amat mengerikan. Terdapat ulat-ulat dimuka mahluk itu, mata mereka tajam memandangnya, dan senyuman yg menakutkan terukir di bibir mereka. “Ibu, abg ni mungkin boleh main dengan ani kan?” hilai tawa yg menggerunkan memecah kesunyian malam. “Matilah aku lepas nie, arghh” Asran berkata-kata sendirian , ketakutan benar-benar memuncak saat ini, mujur lidahnya masih mampu mengalunkan ayat kursi yg dipelajarinya 10 tahun dahulu.

Asran menutup matanya, ayat kursi dibacanya perlahan-lahan. Tubuhnya masih menggigil ketakutan, namun kini dia pasrah, dia hanya mengharapkan bantuan Allah agar mahluk itu tidak mengganggunya lagi. Syukur, setelah beberapa kali bacaan itu diulang, Asran merasakan mahluk itu seolah-olah telah pergi. Perlahan-lahan, dia bangkit untuk menghidupkan suis lampu supaya biliknya terang disimbah cahaya. “klik” selang beberapa ketika, lampunya menyala. Asran bergerak semula ke katil untuk berbaring, tubuhnya benar-benar letih. Sekali lagi, Asran tercium bau ganjil, dia mula berasa cemas, tiba-tiba, muncul satu tangan dari bawah katilnya, tangan itu berbulu lebat dan dipenuhi ulat . Asran menjerit dan pengsan ketakutan.



“Ran, ran, weh bangun wei, apa pasal ko tidur kat lantai nie, bangun-bangun!” Asran mula membuka mata, dilihatnya Amir sedang memandangnya dengan wajah yg penuh tanda tanya. Asran menceritakan kisah semalam kepada Amir. Selang beberapa hari, mereka berpindah keluar dari asrama itu kerana takut diganggu lagi. Bilik itu sentiasa bertukar-tukar penghuni setiap tahun, dan punca setiap penghuni itu berpindah tidak pula diketahui. Mungkinkah Ani dan ibunya yg mengganggu para penghuni di bilik tersebut?

Mungkinkah bilik asrama yg dihuni oleh anda itu adalah bilik si asran dan amir? Cuba lihat sebentar ke bawah katil, manalah tahu, jika ada “seseorang“ disitu...... Awas!

Sunday, November 7, 2010

Aku Sayang Padamu


“Bip bip, bip bip”, telefon bimbit Abu rancak berbunyi. Dilihatnya sebentar skrin telefon bimbitnya itu, kemudian dia menyimpan kembali telefon bimbit itu ke dalam saku seluar. “Ah, apa lagi yg org tua itu mau, aku sibuk ni, takkan tak boleh tunggu malam. Duit aku dah bagi kelmarin, apa lagi yg tak cukup ni?” getus Abu didalam hati. Dia sememangnya seorang pemuda berwawasan, pemuda contoh. Siang, malam, dia sentiasa bekerja keras. Maklumlah, di dunia yg serba moden ini, wang adalah suatu keperluan yg utama..

Selang beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Merah padam mukanya menahan kemarahan kerana dia memerlukan konsentrasi yg tinggi ketika bekerja. “Ah, hilang idea aku, org tua ni pun satu hal, takkan tak faham-faham, aku sedang bekerjalah, jgn lah ganggu aku”, getus hatinya seakan memberontak. Keningnya berkerut-kerut menahan kemarahan.

Abu akhirnya mematikan telefon bimbitnya kerana bimbang diganggu lagi. Selang beberapa ketika, datang Siti meminta supaya Abu menghantarnya ke sebuah pasaraya utk membeli belah. Walaupun kerjanya masih bertimbun, Abu akur kerana dia sememangnya telah lama jatuh hati terhadap gadis itu. Siti merupakan seorang gadis yg amat cantik, kulitnya yg putih, suaranya yg lunak merdu, mampu mencairkan hati jutaan pemuda. “Abg Abu, siapa yg call abg tadi, Siti tgk abg mcm tak suka je”, Siti bertanya dengan nada yg agk manja sewaktu didalam kereta bersama Abu. “erm, takde siapalah, mak abg yg call tu, entah apa pulak mimpi dia call abg hari ni, ganggu betul. Siti bukan tak tahu, abg banyak kerja ni, mana ada masa nak berbual-bual panjang. Malam boleh lah”, jawab Abu selamba.





“Err, jadi Siti ni tak ganggu abg ke, kan abg byk kerja, terasa menyusahkan pulak”, Siti bernada sayu. “Eh mana ada, Siti tak ganggu pun la, abg tak kisah pun nak hantar Siti, lagipun bukan jauh sgt, setakat 1 jam perjalanan je, lagipun abgkan syg Siti”, Abu memujuk. Siti senang dgn pujukan itu dia terdiam, hatinya senang dgn luahan syg Abu terhadapnya.

Selang beberapa hari, baru Abu teringat kembali tentang ibunya. “Eh, lupa pulak aku, apa lah yg org tua itu nak time call aku hari tu ye? Takkan tak cukup duit kot”. Abu mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor yg jarang-jarang benar didailnya itu. Percubaan pertama gagal, tiada siapa yg menjawab panggilannya. Dia mencuba dan terus mencuba, namun masih tiada siapa yg menyahut dihujung talian. Hati Abu tidak tenteram, selepas tamat bekerja, dia segera menuju kerumah ibunya.

Sesampai dirumah itu, dilihatnya tiada langsung kelibat manusia di luar rumah. Abu bergegas masuk ke dalam. Mujur pintu tidak berkunci ketika itu. Rumah usang itu kelihatan suram. Tiba-tiba, Abu tercium bau busuk yg amat kuat, dia hampir sahaja termuntah sejurus dia menghidu bau itu. Tiba-tiba, dia terlihat sekujur tubuh yg kaku, tersandar di hujung penjuru rumah. Abu kenal tubuh itu. Tubuh kaku itulah yg dahulunya menjaga dirinya sewaktu kecil, tubuh itulah yg mengajarnya menulis dan membaca, tubuh itulah juga yg memberikan kasih sayang penuh mesra kepadanya. Tubuh itu dahulu kuat membanting tulang untuk menyekolahkannya, memberi makan, memberi perlindungan. Namun kini, tubuh itu telah kaku, tidak lagi mampu mengukir senyuman. Abu menjerit sekuat hatinya, “ibu!” satu perkataan yg hanya mampu dilaungkannya.

Tanpa menghiraukan bau busuk yg ada, Abu segera merangkul tubuh itu. Di peluknya dengan erat, diciumnya tubuh itu berkali-kali. Wajah ibunya kini telah bertukar biru, sedarlah Abu, ibunya telah lama pergi. Sedih! Itulah perasaannya ketika itu. Dalam sedu sedan yg semakin berkurangan, Abu telihat sekeping kertas disebelah mayat ibunya. Di bacanya perlahan-lahan setiap ayat yg ditulis ibunya itu.




Assalamualaikum,
Wahai anakanda yg kukasihi, mungkin saat kau membaca surat ini, ibu telah pergi. Namun hanya satu pinta ibu, jgnlah kau bersedih. Abu, ibu tahu kamu sibuk nak. Ibu tahu kamu terlalu banyak urusan sehingga melawat ibu pun mungkin akan menjejaskan urusan pekerjaan kamu. Namun, sewaktu ibu menelefonmu, ibu hanya ingin mendengar suaramu saat terakhir ibu di dunia ini anakku sayang. Ibu tahu, kamu mungkin tidak mempunyai masa untuk melawat ibu, ibu tidak mahu menyusahkan kamu menghantar ibu ke hospital. Ibu tidak mahu kamu terasa terbeban utk menjaga ibu, merawat ibu, oleh itu ibu rahsiakan penyakit ibu padamu. Tapi ibu sedih, kerana tidak dapat berbicara dgnmu saat ibu mahu bertemuNya. Syg, maafkan ibu andainya hidup ibu mengganggumu. Ibu sedar, tubuh tua ini hanya bebanan bagimu. Satu ucapan terakhir dariku anakku syg, Aku Sayang Padamu.

Dari ibumu..





Abu meraung sekuat hati. Dirinya hiba, penyesalan berkunjung. Namun itu semua sudah terlambat. Besar jasanya seorang ibu, mendidik dan membesarkannya sejak kecil hingga mampu bergelar seorang professional. Namun, saat terakhir hayat ibunya, dimanakah dia? Tiga hari tubuh ibunya terbiar kaku. Inikah dia seorang pemuda contoh? Abu benar-benar menyesal, dipanggil ibunya berkali-kali, namun, ibunya tetap diam membisu. “Ibu, Abu sayang ibu!”, sudah terlambat Abu, ibumu sudah tiada!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih