Geng Aku

Friday, April 14, 2023

Aku pilih dia

Penat aku cuba membuat mereka gembira.

Penat aku cuba berikan segalanya, 
namun mereka meminta lebih. 

Lagi dan lagi. 

Kadang tertanya, apalah salah diri ini,
bilamana apa yg telah diberi tidak pernah dihargai. 
Malah tidak cukup pula dari tingkah laku
mereka yang nampak bermain perli dalam senyuman yang dipaksa ikhlas. 

Jadi hari ini aku berjanji, tidak lagi aku berikan sebanyaknya yg mereka mahu. 
Tapi hanyalah sebanyak yg aku mampu.

Jika mereka merasa tidak cukup, lantaklah, biarlah. 
Asal aku sudah berikan apa yang aku mampu.

Kerana hidup ini bukan hanya untuk mereka, 
hidup ini aku juga punyai anak-anak dan isteri yang sentiasa disisi, 
ibu bapa yg setia menanti.

Ya, yang itu jauh lebih memberikan jutaan erti.

Kunci mulut, pekakkan telinga. Datang biarlah tidak disambut, pulang pula tidak disedari. Biarlah. 

Aku ini orang semenda, dipanggil datang dihalau, biarlah pergi. 

Sudah tiba masanya aku melihat anak2ku berlari, 
mengukir senyum diwajah isteri, 
luangkan masa bersama ibu ayah sementara waktu berbaki. Dari...


Dari sibuk dihabiskan untuk mereka- mereka yang tidak tahu menghargai.


Sampai masa untuk memilih hidup yang lebih bererti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih