Geng Aku

Thursday, July 3, 2014

Senyum Sikit Jangan Masam-masam

Orang kata, sila fikirkan yg positif, semuanya pasti akan berseri
Aku pernah cuba,
Selalu
Kadang- kadang macam sentiasa cuba.

Tapi, aku manusia,
Kukuh aku ada juga batasnya
Keras aku ada juga lembutnya
Senyum aku sampai masa masam juga.

Kekadang aku benci dengan mereka dan kepura-puraanya
Mulut puji, dalam hati macam mana?
Sama? Sekata?

Dah, aku bukan budak-budak,
Hari-hari mintak puji, hari-hari mintak disanjung.
Aku lagi suka lagi kau semua diam,
Sebab diam kau buat jiwa aku tenang. Aman. Damai.

Manis betul mulut..
Terima kasih bagai.
Tapi aku tak rasa mana hangatnya kata-kata itu
Aku dengar bunyi bukan suara
Aku dengar puji tapi bukan ikhlas yg ada. Berbasa basi mungkin.
Ok, terima kasih kembali atas sokongan itu!
Memang, memang aku ini dahagakan pujian..
Puji lah lagi, puji tu kalau boleh biar melangit tinggi!

Tak perlu puji, kerja aku, aku tahulah buatnya bagaimana
Kau diam saja, dengar apa aku kata, jangan kutuk belakang, itu yg aku mahu
Aku tak mintak disayangi, cukup kau jadi professional
Jadi manusia berakal
Kata belajar tinggi
Tinggikah akal kalau kau masih kutuk belakang aku lagi?

Cuma satu aku mintak
Bagi aku kerjasama, dan harap memehami
Tolong lah, tak payah puji-puji
Serius, aku geli


Senyum sikit, jangan marah2 ok! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih