Geng Aku

Monday, January 6, 2014

Puisi pagi ini

Dunia yg semakin moden hari ini
Sarat dengan si bebal perasan pandai
Penuh dengan orang yg ikut emosi dari akal
Penuh manusia-manusia berakal dangkal

Ramai mahu popular dengan mengaibkan diri
Ramai mudah keluar hujah tanpa guru dan ilmu yg teliti
Amatlah kurang yg menjadi hebat kerana perkasanya peribadi
Amatlah kurang juga yg bijak bila tekun ilmunya dikaji


Lalu aku termenung sejenak,
Kurang apakah kita di era ini?
Ilmu hanya dihujung jari
Namun mengapa kebodohan abadi ini masih kekal berbaki?


Ya, kita kurang adab dalam ilmu yg dituntut
Jika dulu ilmu dicari untuk bagi diri pandai dan bodoh itu berganti
Namun kini ilmu itu dicari untuk buat diri nampak tinggi
Jarang sekali yg mencari ilmu itu mahu memperkasa umat dan jati diri

P.s: Andai kataku ini tak dipersetujui, anggaplah ini pendapat peribadi
Perbezaan pendapat itu dirai, bukan dicaci




Assalamualaikum, peace!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jejak Kasih