*This entry will be in Malay because I really hope that many of us (Malaysians) can read this and understand it ~well.. very well.. "awesomely well"..yada-yada..
Satu fakta yg menarik tentang kita golongan muda mudi terutamanya di Malaysia ialah kita terlalu teruja dan terlalu leka dengan kisah yg berkaitan perasaan (terutamanya cinta) dan juga hiburan. Betul?
Ok kalau salah, saya/aku/ana mintak maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki... Tapi-
Cuba fikirkan semula... Imbas balik apa yg paling kita sibuk fikirkan hari ini?
A. Tetang bagaimana nak majukan negara?
B. Tentang bagaimana nak memajukan diri dan anak bangsa?
C. Tentang bagaimana cara untuk meningkatkan iman dan takwa?
atau
D.. Tetang si dia, atau tentang rasa tak suka kepada seseorang, atau tentang cara untuk cepat kaya tanpa banyak usaha atau tentang artis2 (terutamanya gadis) dan pasukan bola manakah yg paling hebat musim ini (terutamanya abg2 hensem dan kacak diluar sana) atau parti politik manakah yg patut diundi dan jom kita kutuk parti yg tidak kita sukai (ops) ~maaf kerana letak banyak 'atau' ye
Jika jawapan anda tidak ke arah D, tahniah saya ucapkan..
Permasalahan utama kenapa kita semakin lemah dan kurang daya produktiviti adalah kerana kita terlalu lebihkan perkara2 di D dan seterusnya membuatkan kita kurang menumpukan perhatian kepada perkara2 lain yg jauh lebih penting...
Lihat sahaja di media... Drama-drama swasta/bukan swasta kerap memaparkan kisah cinta, tidak kiralah yg Islamik atau tidak asalkan ia tentang cinta, maka akan banyaklah penontonnya.
Apa terjadi pada siri2 dokumentari pejuang negara? Kisah2 zaman anbiya'? National geographic? dan yg lain2 yg lebih ilmiah? Ramaikah yg akan menontonnya? Pastinya tidak dan jika ada pun, saya sangat yakin ia tidak akan seramai yg akan menonton drama2 cinta dan rancangan hiburan yg kebanyakkannya melalaikan ini
"Err.. Incik Jazul, kan dalam agama (Islam) pun ada disebut tidak salah untuk berhibur? (Harus)"
Adakah ada yg sedang memikirkan statement diatas? Jika ada, ini jawapannya
"Memang tak salah untuk berhibur, tapi jangan sampai berlebih lebihan dan seterusnya melalaikan diri.." Saya juga kekadang menonton running man, boboiboy, shinchan, power rangers, doraemon, drama2 korea ~you name it!
Tapi apa salahnya jika kita kurangkan? Apa kata kita lebihkan masa untuk melebihkan perkara2 yg baik dan berguna untuk diri, keluarga, jiran sebelah, orang2 setaman/kampung, daerah, negeri, negara dan seterusnya dunia?
Masa untuk rakyat muda (dan juga tua) Malaysia untuk berubah... Ambillah masa, tuntutlah ilmu lakukan sesuatu yg lebih produktif.. Masa muda itu datang tak lama, sekejap je kita dah nak tua dah... Maka ubahlah pemikiran itu segera... Jangan terlalu leka bermain dan berhibur sahaja...
Bagi yg muslim, dalamilah agama, ada kejayaan bila kita jadikan agama yg utama dan kerjaya di tempat pertama.
Ini saya tujukan juga kepada yg berlainan agama kerana saya yakin, setiap agama, terasnya inginkan kita menjadi individu yg baik. -Betul tak?
Apa yg saya tulis ini mungkin juga saya tidak akan amalkan nanti.. Kerana sifat manusia itu mudah lupa.. Tapi alangkah untungnya saya jika ini dapat menyedarkan anda yg sedang membaca.. Moga suatu hari nanti, anda akan jadi orang yg berjasa kepada komuniti dunia...
Sekarang anda ada dua pilihan
A. Berubah atau B. Abaikan apa yg anda baca ini
Pilihan milik anda... Saya tak memaksa...
Sekian.. ~Peace!
No comments:
Post a Comment