Hati ini rindu.....
Ya, benar-benar rindu akan sentuhan cahaya itu...
Namun kini ia makin malap
Mungkin sinaran rahmat dah makin menjauh
Mungkin..... aku makin lemah
Yang pasti aku masih belum bersedia untuk jatuh
Kerana aku masih rindu akan bahagianya bersama-sama di waktu dulu
Kau menegurku dalam nada memujuk
Aku mudah fahami, hatiku mudah menerima teguran itu
Namun kini kita makin jauh
Aku mula rindu akan kemesraan dulu
Kemesraaan yg kita jalinkan hasil aturanNya
Makan berkonsi pinggan,
Tidur berkongsi bantal
Bila sedih sama-sama menangis,
Bila gembira sama-sama ketawa
Kita pernah berjemaah bersama - dulu
Aku ingin kita kekal begitu - selamanya
Mungkin jarang berhubung
Namun kuharap selalu diingat dalam doa
Sama-sama memohon agar masing-masing lebih kuat
Harap nanti tak lagi goyah walau apa pun yg terjadi
"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan..."
Geng Aku
Tuesday, November 27, 2012
Monday, November 26, 2012
Satu warkah murni dalam kiasan bahasa perli.....
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang....
Lama tak menulis, otak dah berkarat,
penulisan pula makin hilang sengat,. Namun setelah lama tempoh berhibernasi
ini, terasa aku perlu lakukan sesuatu, untuk umat ini, untuk jiwa, untuk
rohani.
.............................................................................................................................
Teman, benar aku kagum melihat ramai yg
ambil berat tentang mereka2 di Palestin.
Ramai yg mengutuk, ramai yg mencaci dan yg
paling aku kagumi ada juga yg tidak putus berdoa untuk mereka
Namun persoalannya, adakah kepekaan kita
itu adalah didasarkan oleh rasa sayang antara saudara seagama atau kita ini
hanya pak turut yg mengikut musim?
Buka sahaja mana2 laman sosial, pasti ramai
yg sedang post, komen, atau suka (like) artikel2 berkaitan mereka disana..
Tutup mata, buka mata hati, mari kita fikir
semula..
Jika benar kita berpijak pada paksi
persaudaraan dan sayang sesama saudara, ayuh teruskan perjuangan... Teruskan
berjuang untuk mereka, teruskan dengan post sebegitu agar lebih ramai lagi yg
akan sedar tentang mereka disana. Maka dengan itu makin ramailah umat Islam yg sama-sama
menadah tangan berdoa untuk meminta Allah berikan mereka kekuatan dan
kemenangan. Juga mungkin ada hartawan yg tersedar seterusnya memberikan
sumbangan wang ringgit berkoyan-koyan..Siapa tahu, hati manusia mudah berubah,
yg penting usaha dahulu, moga nanti kita dapat kurangkan beban untuk mereka.
Namun jika apa yg kita lakukan itu sekadar
ikut-ikutan, muhasabah dahulu diri, betulkan niat dalam hati... Kita bukan
berjuang untuk saudara kita disana mengikut musim, kerana mereka diceroboh
setiap hari, mereka menangis tak berhenti hingga mungkin tiada lagi air mata
mengiri tagis mereka...
Sedarlah diri, perjuangan ini bukan kerna
nama... Bukan untuk kejarkan popularity... Kita berjuang demi persaudaraan,
atas nama kemanusiaan... Jika tiada ikhlas dihati, siap sedialah untuk di soal
diakhirat nanti...
SAVE GAZA! SHOW THAT HUMANITY IS STILL EXIST!
Sekali lagi, betulkanlah niat dihatimu,
wahai aku, wahai teman2ku... Marilah kita tadahkan tangan, pohonkan doa, agar
mereka disana diberikan kesejahteraan, atau jika mereka terkorban, pohonlah
mereka mati dalam keimanan... Mari doakan mereka sekarang, bukan nanti....
nanti..... nanti..........~Peace!
Jika ingin tahu lebih cara membaca doa qunut nazilah ini klik di SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)