Kadang rindu pada tali yang bertaut
pada hubungan yang tidak pernah
mengharap apa-apa.
Bersahabat bukan dasar apa-apa.
Bersahabat hanya sekadar mahu bersama,
Sentiasa.
Eh, itu dulu, waktu muda-muda.
Kau, dia, dan dia, boleh berlari meranduk belukar,
Bertelanjang bulat mandi dalam sungai yg hitam pekat.
Juga bersahabat dalam ingat mengigat supaya hidup mengikut syariat.
Rindu waktu dulu, dimana mesejnya mengingat,
Tahajjud jangan lupa buat.
Bila berjemaah aku mula malas dan lemah,
Eh mereka datang walaupun aku malas dan selalu lari.
Ya, mereka mereka itu kini jauh terpisah ratusan malah ribuan batu.
Tapi mereka itu yang selalu dirindu.
Hubungan yang tak pernah ada udang disebalik batu.
Apa khabar kamu dan kamu wahai teman-temanku.
Aku disini rindu, kerana kini, yang ada didepan mata tidak sama seperti kalian.
Semoga nanti, disuatu saat, kita ditemukan lagi,
Bersahabat semula diperkampungan abadi.
Andai kamu tidak jumpa aku, tariklah aku kesana jua kerana mungkin waktu itu aku sedang disiksa di negara yang ngeri.
Semoga bingkisan rindu ini sampai terasa dihati kalian.
Salam sayang.